Friday, July 25, 2008

AKTIVITI DI HOSPITAL MELAKA

Jumaat, 25 Julai 2008, Melaka Tengah diberi tanggungjawab oleh LKPI Negeri Melaka untuk mengendalikan program "Sayang di Sayang", satu program bagi menghiburkan pesakit-pesakit. Hjh. Nazli mengambil tugas sebagai Pengacara dan Pengurus Program. AJK yang hadir : Hjh. Asmah, Hjh. Fatimah Abu, Hjh. Zainoon Masil, Pn. Zainon Datuk Nasir dan Pn. Mariam. serta beberapa ahli lain. Turut hadir AJK Negri - Pn. Khadijah Mustapha, Naib Pengerusi, Pn. Hjh. Hamimah, Setiausaha dan Pn. Hjh. Sharifah Aziz, Bendahari. Majlis bermula jam 3.00 ptg. di Auditorium, Tingkat 4, Blok B Hospital Melaka.


Walaupun acara tidak dirancang, ia dapat dijalankan dengan lancar dan menggembirakan hadirin terutamanya pesakit-pesakit. Juga telah diundang En Amir dan anaknya, Nor, seorang penyanyi kanak-kanak yang berbakat. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan program ini.

Sunday, July 13, 2008

AKTIVIITI BAHASA INGGERIS DI KAYFAZ

Hari ini antara 5.30 hingga 6.30 ptg. tibalah giliran Melaka Tengah mengendalikan aktiviti Bahasa Inggeris di Kompleks Anak Yatim Fatimah Zaharah (KAYFAZ) anjuran LKPI Negeri (Pn. Hjh. Esah). Hanya AJK Hjh. Nazli dan Pn. Zainon Datuk Nasir yang berkesempatan mengelolakan acara petang ini. Oleh itu, mereka dibantu oleh ahli keluarga Hjh. Nazli dan Pn. Hjh. Esah sendiri. Berbagai aktiviti diadakan untuk menggalak anak-anak tersebut mendengar, memahani dan bertutur Bahasa Inggeris - nyanyian, permainan dalam kumpulan dan menulis serta membaca. Aktiviti dijalankan dengan jayanya.
Hjh. Nazli sedang mengendalikan aktiviti.

Anak-anak tekun mendengar dan menulis.

Mereka kelihatan gembira mengikuti semua aktiviti.

Friday, July 11, 2008

9 JULAI 2008 - RABU - LAWATAN KUANTAN

5 orang AJK menyertai rombongan Lawatan Sambil Belajar ke LKPI Pahang, Kuantan, anjuran LKPI Negeri Melaka. Meraka adalah Hjh. Rahimah Ahmad, Hjh Fatimah Abu, Hjh. Ramlah Dahili, Hjh. Zainoon Masil dan Hjh. Khadijah Abd. Latif.

3 JULAI 2008 - MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Telah diadakan di kediaman Pn. Hjh. Zainab di Bukit Baru. Dihadiahkan pahala kepada Allahyarhamah Hjh. Rogayah binti Abd. Majid, ahli seumur hidup Melaka Tengah dan bekas Naib Pengerusi LKPI Negeri Melaka. Meninggal dunia pada usia 83 kerana penyakit tua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Amin.

2 JULAI 2008 - MESYUARAT AJK

Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-3.
Tarikh : 2/7/2008 Rabu
Jam : 3.00 ptg.
Tempat : Kediaman Pengerusi

Thursday, July 10, 2008

27, 28 & 29 JUN 2008

LAWATAN ROMBONGAN KE TASIK KENYIR & KUALA TERENGANU

Seramai 40 peserta (bayaran @RM100) telah menyertai rombongan melawat Tasik Kenyir dengan menaiki bas PAYASUM. Bertolak pada 27/6 , Jumaat, jam 7.00 malam dari Masjid Al-Adzim, Melaka, semalaman di dalam bas. Solat Suboh, Sabtu, di Kuala Berang, sebuah bandar di Terengganu yang sedang membangun. Setelah sarapan dan melawat pasar pagi di situ, terus bertolak ke pinggir Tasik Kenyir untuk menaiki bot yang telah dijanjikan ke Rumah Penginapan Kerajaan di sebuah pulau. Pengalaman di sini tidak dapat dilupakan oleh semua. Kesempaan juga diambil untuk bersuka-suka di air terjun dan ke Taman Herba. Kami menyewa 4 buah rumah, lebih kurang 10 orang dalam sebuah rumah. Peserta masak makanan sendiri dalam rumah masing-masing. Pagi hari Ahad setelah solat Subuh, diadakan riadah senaman TAI-CHI dibawah bimbingan Hjh. Nazli. Kemudian ada beberapa permainan sukaneka hinggalah masa untuk berangkat menaiki bot untuk menyeberang tasik. Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu. Tempat pertama berhenti ialah di Masjid Kristal. Bergambar sahaja disitu. Selepas itu tentu sekali 'shopping' di Pasar Payang'. Dalam perjalanan balik, singgah di gerai-gerai menjual keropok lekor dll. Sampai Melaka lebih kurang jam 1.00 pagi hari Isnin.

21 JUN 2008, SABTU

500 kad jemputan @RM10.00 telah dijual untuk mengisi Tabung Kebajikan. Majlis mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan adanya penceramah jemputan yang popular di kaca TV seperti YBhg. Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah. Terima kasih kepada semua yang telah berusaha menjayakan majlis ini.
YBhg. Ustaz Mohd. Farid Ravi menyampaikan ceramah
YB Pn. Hjh. Norpipah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Ustaz bagi pihak LKPI Melaka Tengah

YBhg. Datuk Lily Majid, Setiausaha Agung LKPI Malaysia, turut hadir.
AJK bergambar ramai dengan Penceramah, YBhg. Datin Hjh. Halimah Baba, isteri YB Speaker Dewan Negeri Melaka dan YB Pn. Hjh. Norpipah Abdol, Exco Negeri Melaka.