Saturday, January 26, 2008

Anekaragam di KAYFAZ


LKPI Melaka Tengah telah mengadakan satu aktiviti berbentuk "Anekaragam" di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah di Bukit Katil. Berlangsung dari jam 3.00 ptg. hingga 5.00 ptg. Turut hadir AJK Negeri - Pn. Hjh. Khadijah Mustapha (Naib Pengerusi), Pn. Hjh. Hamimah Abd. Jalil (Setiausaha Kehormat) dan Pn. Hjh. Sharifah Abd. Aziz (Bendahari Kehormat).


Tujuan aktiviti ialah untuk berinteraksi dengan anak-anak di sini dan mengeratkan silaturahim. Selain dari bernyanyi dan menari beramai-ramai, berbagai pertandingan juga diadakan seperti Pertandingan Membaca Sajak/Syair, Memakai Tudung Gaya Kreatif dan Pakaian Beragam Secara Spontan. Anak-anak digalakkan bekerjasama dalam semua aktiviti. Persatuan telah menyediakan hadiah-hadiah dan juadah ringan minum petang.
Menyampaikan sajak "Ibu" . . . .



Menari poco-poco . . .








Membetulkan tudung kawan . . .

Pertandingan memakai tudung.




Juara Mendeklamasi Sajak menerima hadiah . . .

Mengambil bahagian dalam Pertandingan Pakaian Beragam . . .


Sebahagian ahli LKPI yang hadir.

Saturday, January 19, 2008

Majlis Sambutan Hari Asyura


Hari ini 10 Muharram 1429. LKPI Melaka Tengah seperti biasa mengadakan Hari memperingati hari mulia yang ke-10 bulan pertama dalam kalendar Islam. Majlis diadakan di rumah Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad di Taman Kenanga.

Kelihatan AJK menyediakan beg-beg berisi KFC, bubur Asyura, buah-buahan, kueh mueh dll yang disumbangkan oleh AJK dan ahli-ahli. Seramai 34 orang anak-anak yatim hadir bersama ibu-ibu mereka masing-masing. Majlis dimulakan pada jam 3.00 ptg. dengan dibimbing oleh Ustaz Hj. Rahim Khaliq dan Ustaz Hj. Mustapha. Bermula dengan bacaan surah Yasin, tahlil , kemudian ceramah ringkas memperingati kisah-kisah sejarah yang berlaku pada 10 Muharram disampaikan oleh Ustaz Hj. Rahim. Setelah itu diadakan zikir khas hari Asyura dan doa mohon keberkatan dan keampunan Allah.

Setelah solat Asar berjamaah, tiba acara menyampaikan sumbangan kepada anak-anak serta menyapu kepala mereka. Persatuan memberi RM50 setiap seorang dan orang-orang persendirian juga turut memberi sumbangan masing-masing.


Beberapa gambar lagi pada petang tersebut :

Anak-anak menerima sumbangan daripada penderma-penderma.

Persatuan juga memberi sedikit sumbangan kepada ahli, Pn.Hjh. Maimy Masohot yang rumahnya terbakar pada bulan Desember lalu.

Menziarahi Pn. Hjh. Fatimah Long di rumahnya.

Wednesday, January 9, 2008

Mesyuarat AJK

Tarikh : 8 / 1 / 2008. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa LKPI Daerah Melaka Tengah Kali Ke-5 bertempat di rumah Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad, bermula 10.00 pg.