Sunday, December 11, 2011

MAJLIS KESYUKURAN

Tarikh : 10 Disember 2011
Masa : 10.00 pg.
Tempat : Kediaman YBhg. Datin Hjh. Hasiah Haron
Acara : Majlis Khatam Al-Quran pengantin
Kumpulan Hadrah LKPIM Daerah Melaka Tengah turut membuat beberapa persembahan bagi memeriahkan majlis.

Datin Hjh. Hasiah bersama anaknda Nor Haslina

Saturday, December 10, 2011

KURSUS WARGA EMAS LKPIM MELAKA

Nama Kursus : "KURSUS KESEJAHTERAAN HIDUP DUNIA & AKHIRAT WARGA EMAS"
Anjuran : RISDA & LKPIM Perhubungan Negeri Melaka.
Tarikh : Dari 7hb hingga 9hb Disember 2011
Tempat : RISTEC Beach Resort, Port Dickson.
Wakil Melaka Tengah : Hjh. Rahimah, Hjh. Nazli, Hjh. Asmah, Hjh Fatimah Abu, Hjh. Khadijah Khalil, Pn. Zainon Datuk Nasir & Datin Hjh. Dewi Murni.

Tuesday, December 6, 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI ASYURA

Kediaman Naib Pengerusi LKPIM Daerah Melaka Tengah

Melaka Tengah menganjurkan acara tahunan Majlis Sambutan Hari Asyura 1433. Bertempat di kediaman Puan Naib Pengerusi, Pn Hjh Hapipah Mahat di Bukit Baru. Penceramah Jemputan ialah YBhg. Ustazah Rohaya binti Mohammad @ A. Ghani, Pegawai Agama Daerah Melaka Tengah, Jabatan Agama Islam Melaka. Seramai 40 orang anak-anak yatim diraikan.

Ustazah Rohaya

Hadirin mendengar tazkirah

Menyapu kepala Anak-anak yatim dan memberi sedekah

Friday, December 2, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PENGANTIN

Kumpulan Hadrah dijemput menyerikan Majlis Khatam Quran Pengantin dan persembahan Hadrah di rumah Pn. Hjh Asiah binti Ali, Jalan Datok Palembang. Masa - 9.00 pg. Seramai 25 orang ahli hadir.

Oleh-oleh hadiah daripada Tuan rumah untuk hadirin. Terima kasih.

Friday, November 18, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 18/11/2011, Jumaat Masa : 3.00 ptg.
Tempat : Kediaman Arwah Hjh. Khatijah Bachik

MAJLIS PELANCARAN

Acara : "Majlis Pelancaran Kempen Anti Perdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran Peringkat Negeri Melaka".
Anjuran : Kerajaan Negeri Melaka
Tarikh : 18/11/2011, Jumaat Masa : 9.00 pg.
Tempat : Dewan Mini Bistari, Ayer Keroh
Wakil Melaka Tengah : Hjh. Rahimah Ahmad, Hjh. Fatimah Abu, Zainon Datuk Nasir

Thursday, November 17, 2011

SUKANEKA KAYFAZ


Acara : MAJLIS SUKANEKA & HARI KELUARGA
Anjuran : LKPIM Perhubungan Negeri Melaka.
Perasmian Penutup : YB Datuk Hj. Yaakub bin Md. Amin, Pengerusi J/Kuasa Hal Ehwal Agama merangkap timbalan Pengerusi MAIM)
Tempat : Kompleks Anak Yatim Fatimah Zaharah, Bukit Katil, Melaka
Masa : 2.30 ptg.
Wakil Melaka Tengah : Hjh. Rahimah Ahmad (Pengerusi), Hjh. Hapipah Mahat (Naib Pengerusi), Hjh. Nazli Abbas, Hjh. Fatimah Abu, Pn. Yon Taib.Acara baru bermula

Anak-anak KAYFAZ bergembira

Walaupun hujan, ahli-ahli LKPIM, ibu-ibu serta anak-anak menunjukkan kesungguhan.

Wednesday, November 16, 2011

TAZKIRAH BULANAN



Tempat : Kediaman Pengerusi
Acara : Tazkirah Bulanan
Tajuk : "BAHAYA LIDAH"
Penyampai : YBhg. Ustaz Mohd Isma, Imam I Masjid Selat.
Anjuran : LKPIM Melaka Tengah.

Sunday, November 13, 2011

AL-FATIHAH BUAT TEMAN

Allahyarham Hjh. Khatijah Binti Bachik, AJK LKPIM Daerah Melaka Tengah telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, setelah berjuang dengan penyakit sekian lama. Semoga Allah subhana wa ta'ala memberkati roh beliau dan menempatkan rohnya bersama orang yang baik-baik dan dikasihi. AMIN.

AJK dan ahli ke rumah beliau di Tanjung Kling untuk baca Yasin. AL-FATIHAH.

Thursday, October 27, 2011

AKTIVIT - OKTOBER

19 Okt. 2011 (Rabu) - 3.00 ptg.
Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-4/2011 di rumah Pengerusi.

26 Okt.2011 (Rabu)
Ziarah Kebajikan Pn. Hjh. Khatijah Bachik (AJK) di rumah anak beliau di Wangsa Maju, Kuala Lumpur - Hjh. Rahimah, Hjh. Asmah, Hjh. Patmah, Hjh. Fatimah Abu, Hjh Wan Jamilah.

Thursday, October 13, 2011

MAJLIS SELAWAT NABI


Tarikh : 13 Oktober 2011 Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Selat
Anjuran : LKPI Perhubungan Negeri Melaka (kelolaan Puan Sri Datuk Hjh Zabedah)
Majlis : "SELAWAT JUNJUNGAN NABI s.a.w.
Bimbingan : Pendakwah dari Madinah, Sidi Dr Syeikh Mahmoud) dan rombongan dari Kuala Lumpur.

Friday, September 23, 2011

MAJLIS HARI RAYA LKPI NEGERI MELAKA

Tarikh : 23/9/2011, Jumaat Masa : 3.00 ptg.

LKPIM Negeri Melaka menjemput wakil-wakil dari 8 cawangan LKPI ke majlis meraikan hari raya di Rumah Lembaga. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Ustaz Abd. Rahim, guru agama LKPI yang telah menyampaikan tazkirah mengenai amalan-amalan baik lagi diberkati.

Hadirin mendengar tazkirah daripada Ustaz.

Menikmati judah hari raya.

Friday, August 19, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN & KHATAM TADARUS AL-QURAN

Rumah Lembaga, Taman Desa Baru, Melaka

Tarikh : 19 Ogos 2011 Masa : 9.00 pg.
Tempat : Rumah Lembaga

Acara : Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Ibu-ibu tunggal & Khatam Tadarus Al-Quran

Anjuran : LKPIM Perhubungan Negeri Melaka.

Jemputan Khas : YBhg. Datuk Hj. Muhammad bin Hashim, Imam Besar Masjid Al-Azim, Melaka.

Hadir : Pengerusi & AJK LKPIM Perhubungan Negeri Melaka, 4 wakil dari setiap daerah / cawangan, 5 ibu tunggal dari setiap daerah / cawangan, peserta-oeserta Tadarus di rumah Lembaga.

Atur Majlis :
Ucapan Alu-aluan
Bacaan Khatam Al-Quran berama-ramai serta doa Khatam dipimpin oleh YBhg. Imam.
Tazkirah Ramadan oleh YBhg. Imam.
Penyampaian Sumbangan

Majlis Khatam sedang berjalan.

YBhg. Puan Sri Datuk Hjh. Zabedah bermesra dengan ibu dan anak yatim yang hadir.

Peserta Tadarus Rumah Lembaga bergambar setelah tamat khatam.

Ahli LKPIM Cawangan Merlimau menyumbang bubur lambuk.

Wednesday, August 17, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN & BERBUKA PUASA

Tarikh : 17 Ogos 2011 Mula : 6.00 ptg.
Tempat : Kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad

Acara : Majlis Penyampaian Sumbangan Bulan Ramadan & Berbuka Puasa.

Jemputan Khas :
1) YABhg. Datin Seri Datuk Wira Hjh. Asmah Abdul Rahman
Isteri YAB Ketua Menteri Melaka.
2) YBhg. Datin Hjh. Hasiah Haron, Pengerusi PPP Daerah Melaka Tengah
3) YBhg. Imam ll Masjid Selat, Ustaz Mohd Khaidar.

Lain-lain tetamu :
1) 61 orang kanak-kanak yatim/miskin
2) 31 orang ibu tunggal.

Acara :
Penyampaian Sumbangan
Berbuka Puasa
Solat Maghrib
Majlis Khatam Tadarus Al-Quran
Solat Isyak
Solat Tarawikh/Witir

Saturday, August 6, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA DI KAYAZ


Tarikh : 5 Ogos 2011, Jumaat
Masa : 7.00 ptg.
Tempat : Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah (KAYFAZ), Bukit Katil.

Anjuran : LKPIM Perhubungan Negeri Melaka

Wakil dari Melaka Tengah : 4 orang
Pn. Hjh. Rahimah Ahmad (Pengerusi), Pn. Hjh. Nazli Abbas (Setiausaha), Pn. Hjh. Fatimah Abu (AJK) dan Pn. Hjh. Khadijah Khalil (AJK).

Acara : Penyampaian Sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan sumbangan Ramadan kepada cawangan-cawangan.

Sunday, July 31, 2011

LAWATAN KEBAJIKAN

Tarikh : 31/7/2011, Ahad
Masa : 9.00 pg.
5 orang AJK menziarahi guru agama, Ustazah Hjh. Maziah di kediamannya sempena ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak.

Thursday, July 28, 2011

QIAMULLAIL MENYAMBUT RAMADHAN

Tarikh : 28/7/2011
Tempat : Masjid Selat, Pulau Melaka.
Masa berkumpul : Solat Maghrib hingga Subuh
Acara :
Solat-solat Fardhu Maghrib, Isyak & Subuh
Bacaan Yasin & Tahlil
Tazkirah sesudah solat Isyak
Solat-solat sunat Qiamullail dipimpim oleh YBhg. Ustazah Hjh. Halimah

Monday, July 25, 2011

AKTIVITI BERSAMA KAYFAZ

Tarikh : 24 Julai 2011 Ahad
Masa : 8.00 - 10.00 pg.
Acara : Bersenam Bersama Penghuni-penghuni Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah, Bukit Katil.
Kelolaan : Hajah Nazli Abbas
Turut hadir Pengerusi dan AJK

Saturday, July 23, 2011

CERAMAH AGAMA LKPIM PM


Tarikh : 16 Julai 2011, Sabtu
Masa : 10.00 pg.
Tempat : Masjid Selat, Melaka
Tajuk : "JOM BERSAMA USTAZ HJ. DZULKARNAIN"
Anjuran : LKPIM Perhubungan Negeri Melaka
Ramai ahli Daerah Melaka Tengah menyertai.





Thursday, July 7, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 7 Julai 2011 Khamis. Masa : 3.00 ptg.
Tempat : Kediaman Pn. Hjh. Rubiah di Taman Kenanga, Tengkera.
Khatam Al-Quran sempena pulang ke rahmatullah bonda beliau pada 28 Jun 2011.

Saturday, June 18, 2011

LAWATAN KEBAJIKAN

AJK LKPIM Daerah Melaka Tengah menziarahi Pn. Hjh. Zainon Mohd. Ali yang telah ditimpa musibah baru-baru ini.

Friday, June 17, 2011

LAWATAN KE TV9


PPP Cawangan Taman Kenanga dengan kerjasama LKPIM Daerah Melaka Tengah telah mengadakan lawatan ke Seri Pentas TV3, Studio C bagi menyertai siaran langsung Program "TANYALAH USTAZAH" TV9 jam 11.30 pg.-12.30 tgh. Ustazah yang bertugas ialah YBhg. Dr.Hjh.Masitah.






Thursday, June 16, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BERJEMAAH


Tarikh : 16/6/2011 Masa : 3.00 ptg.
Tempat : Kediaman Pn. Hjh. Sharifah Yasin, Klebang.
Menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena kepulangan ke rahmatullah anaknda Pn. Hjh. Sharifah. Semoga roh anaknda diberkati.

MESYUARAT AJK KALI KE-2/2011

Tarikh : 15/6/2011 Masa : 3.00 ptg.
Tempat : Kediaman Pengerusi
Kehadiran : 14
Tidak hadir : 3

Thursday, June 9, 2011

MAJLIS KESYUKURAN

Tarikh : 9/6/2011, Khamis. Masa : 3.00 ptg.

Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad, telah mengadakan Majlis Kesyukuran Masuk Rumah Baru anak beliau di Taman Tasik Utara. Kami telah mengadakan Khatam Al-Quran di bawah pimpinan Ustaz Rahim. Terima kasih kepada Pn. Hjh. Rahimah dan keluarga.

Thursday, June 2, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 2 Jun 2011, Khamis.
Masa : 2.30 ptg.

Majlis Khatam Al-Quran diadakan di kediaman Pn. Hjh. Azizah Said di Ayer Keroh, dipimpin oleh Ustaz Abd. Rahim Khaliq Al-Hafiz. Majlis tersebut dianjurkan sempena kembali ke rahmatullah Allahyarham suami beliau. Turut hadir LKPIM Cawangan Ayer Keroh.


Monday, May 30, 2011

KURSUS ASAS MICROSOFT WORD 2007 & FACEBOOK

Tarikh : 30 Mei hingga 02 Jun 2011
Masa : 9.00 pg. - 12.00 tgh.

Anjuran bersama : LKPIM Perhubungan Negeri Melaka dan Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka.

Tenaga Pengajar : Pn. Nurulhuda binti Salim

Peserta : wakil-wakil dari daerah / cawangan LKPIM Negeri Melaka.
Daerah Melaka Tengah diwakili oleh Setiausaha.

Peserta bergambar ramai dengan Pn. Nurulhuda (berdiri paling kanan).