Wednesday, February 18, 2009

Puan Sharmila

Petang tadi selepas Asar, saya dan Kak Hjh. Sharifah Yassin, bertandang ke rumah keluarga Pn. SHARMILA BINTI ATAN, 39 tahun, di No.1, Taman Malim Jaya, Sek. 1/3, Melaka. Suami Pn. Sharmila meninggal dunia dengan mengejut pada 25/12/2008 meninggalkan Pn. Sharmila dan 7 orang anak meratapi kepergiannya. Anak-anak berumur 16, 15, 12, 10, 8, 6 dan 5, masih mentah untuk memahami keadaan sebenarnya. Pn. Sharmila surirumah sepenuh masa, tiada pendapatan tertentu. Saya diberitahu pada masa peninggalan arwah suami, beliau cuma ada lebih kurang RM 150 di tangan sementara buku akaun bank arwah suami cuma ada RM 7. Sekarang beliau berusaha mendapatkan bantuan bagi membesarkan anak-anak seorang diri selain bercadang untuk berdikari sebaik sahaja lepas edah nanti. LKPI Daerah Melaka Tengah dalam Mesyuarat AJK baru-baru ini bersetuju sebulat suara mengambil anak-anak yatim Pn. Sharmila sebagai anak-anak angkat Persatuan, memantau hal-hal persekolahan dan kebajikan mereka setakat terdaya. Bagi permulaannya, Melaka Tengah akan menyumbang RM 300 setahun dan sekiranya memerlukan, AJK sendiri akan menyumbang secara sukarela.



Kak Hjh. Sharifah sedang bertemu-bual Pn. Sharmila


5 dari 7 orang anak-anak yatim Allahyarham Ab. Rahman bin Yaakob

Wednesday, February 11, 2009

Mesyuarat AJK kE-7

Mesyuarat AJK ini diadakan pada jam 3.00 - 4.30 ptg. di kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad. Membincangkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-20 yang akan datang dan juga aktiviti-aktiviti lain.
AKTIVITI KEBAJIKAN :
Selepas Mesyuarat Pengerusi serta beberapa orang AJK telah berziarah ke rumah Puan Milah yang mempunyai 7 orang anak yatim di rumah mereka di Taman Malim. Persatuan dan beberapa orang individu telah menghulurkan sumbangan kepada keluarga ini. LKPI Melaka Tengah bersetuju menjadikan keluarga ini keluarga angkat Persatuan.