Menjamu selera
Friday, October 8, 2010
SAMBUTAN HARI RAYA LKPI NEGERI MELAKA
Ahli Jawatankuasa LKPI Perhubungan Negeri Melaka menganjurkan Sambutan Hari Raya yang dihadiri oleh wakil-wakil dari 8 cawangannya. Majlis diserikan dengan tazkirah oleh YBhg. Ustaz Hj. Abdul Rahim Khaliq di mana beliau mengingatkan hadirin supaya mengamalkan amalan dan kebajikan yang telah dilakukan dalam bulan Ramadhan. Turut diraikan adalah anak-anak dari KAYFAZ (Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah). Setelah solat Asar berjemaah, hadirin dijamukan dengan hidangan-hidangan sumbangan dari setiap cawangan.
Saturday, October 2, 2010
PERSEMBAHAN HADRAH
Pagi tadi, Kumpulan Hadrah kami membuat persembahan Hadrah dijemput oleh AJK, Pn. Rabiah Ahmad sempena majlis perkahwinan anak saudara beliau. Tempat - Tanjong Kling.
Subscribe to:
Posts (Atom)