Friday, September 19, 2008

MAJLIS KHATAM TADARUS AL-QURAN NEGERI


Jam 9.00 pg. bertempat di Rumah LKPI, Taman Desa Baru, telah berlangsung Majlis Khatam Tadarus Al-Quran Perdana di mana pihak LKPI Negeri telah mengumpulkan semua peserta tadarus dari cawangan-cawangan LKPI di Melaka ini untuk sama-sama mengkhatamkan Al-Quran serentak. Majlis di pimpin oleh YBhg. Tuan Imam Besar Masjid Al-Adzim Melaka. Kesemua 12 peserta tadarus dari Melaka Tengah telah hadir dengan pakaian seragam yang baru. Juga turut diraikan ibu-ibu tunggal.

Peserta dari Melaka Tengah bergambar dengan Pn. Hjh. Hamimah Abd. Jalil, Setiausaha Kehormat LKPI Perhubungan Negeri Melaka.

Wednesday, September 17, 2008

Majlis Khatam Al-Quran Murid-murid Sekolah

Beberapa orang AJK, diketuai oleh Pengerusi, telah pergi ke MITC, Ayer Keroh petang ini membantu AJK Negeri menyedia dan mengedarkan bunga telur di Majlis seperti tersebut di atas. Seramai lebih kurang 10,000 murid-murid sekolah rendah agama serta ibu bapa hadir.

Saturday, September 13, 2008

Mesyuarat AJK - tidak rasmi



AJK telah mengadakan satu perjumpaan tidak rasmi untuk membincangkan aktiviti-aktiviti bulan Raya akan datang. Selepas perjumpaan, AJK melawat ahli yang telah banyak menyumbang kepada Persatuan, Pn. Azizah, yang sedang sakit sambil menghulurkan sedikit sumbangan. Tempat - Taman Kenanga, Tengkera.

RAMADHAN - Majlis Khatam Tadarus Al-Quran

Syukur kepada Tuhan, pagi ini berlangsungnya Majlis Khatam Tadarus Al-Quran LKPI Daerah Melaka Tengah di rumah Pengerusi. Bacaan Tadarus selama 12 hari. Kumpulan Tadarus terdiri dari 12 orang, dipimpin oleh Hjh. Nazli, Hjh. Esah Puasa dan Hjh. Fatimah Abu. Lain-lain peserta : Hjh. Rahimah Ahmad, Hjh. Ramlah Dahili, Hjh. Salmah Ahmad, Hjh. Besah, Hjh. Jaithoon, Hjh. Hani Selan, Siti Khadijah Abd. Latif, Hjh. Patmah Datuk Tamby Chik dan Robiah Embam.
Satu hari semasa tadarus Al-Quran.

Sebahagian peserta majlis khatam.

Pembimbing-pembimbing tadarus.


12 peserta Tadarus bergambar di hadapan kediaman Pengerusi setelah tamat majlis khatam Tadarus Al-Quran.

Friday, September 12, 2008

RAMADHAN - Buka Puasa di KAYFAZ

AJK Negeri menganjurkan jamuan berbuka puasa bersama anak-anak di Kompleks Anak Yatim Fatimah Zaharah, Bukit Katil. Melaka Tengah diwakili oleh Pn. Hjh. Rahimah (Pengerusi), Hjh. Nazli Abbas (Setiausaha) dan Pn. Hjh. Fatimah Abu (AJK).

Monday, September 8, 2008

RAMADHAN - Rumah Seri Kenangan Cheng


Hari ini AJK telah melawat Rumah Seri Kenangan Cheng untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada 127 warga tua beragama Islam. Turut serta menyampaikan sumbangan kain dan duit raya Pn. Hjh. Patmah Datuk Tamby Chik dan bonda.

YBhg. Datin Hjh. Aishah, mewakili keluarga Allahyarham Datuk Hj. Tamby Chik menyampaikan sumbangan.

Pn. Hjh. Rahimah menyampaikan sumbangan bagi pihak LKPI Melaka Tengah.

AJK bergambar dengan wakil pengurus Rumah Seri Kenangan Cheng

Saturday, September 6, 2008

RAMADHAN - SUMBANGAN

Persatuan telah menganjurkan Hari Sumbangan Derma bulan Ramadhan pada hari ini, bermula jam 9.00 pagi, bertempat di rumah Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad. AJK telah mengumpulkan seramai 92 orang anak yatim / miskin dan 47 orang ibu tunggal untuk menerima sumbangan pada kali ini. Majlis juga diserikan dengan kehadiran YBhg. Puan Seri Datuk Hjh. Zabedah (Pengerusi LKPI Negeri), YBhg. Datin Hjh. Hasiah (Pengerusi WI Daerah Melaka Tengah) dan Pn. Hjh. Hamimah Abd. Jalil (Setiausaha Kehormat LKPI Negeri), Juga turut hadir YBhg. Ustaz Imam Hj. Mohammad Sharif dan isteri dari Makkah.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat serta bacaan beberapa ayat Al-Quran oleh Imam Mohammad. Diikuti dengan penyampaian sumbangan. Kanak-kanak menerima sepasang kain baju raya sumbangan Pn. Hjh. Patmah & keluarga, RM30 dari Tabung Persatuan, ayam goreng kentucky, buah dan air minum sumbangan orang-orang perseorangan. Ibu tunggal menerima baju dari Pn. Hjh. Patmah, beras fidyah sumbangan penderma-penderma dan RM 50.

AJK LKPI Melaka Tengah bergambar kenang-kenangan bersama tetamu.

Diucapkan ribuan terima kasih khasnya kepada AJK LKPI Melaka Tengah, AJK WI Taman Kenanga dan mereka yang telah menyumbang menjayakan majlis yang mulia ini.

Imam Mohammad turut membantu mengedarkan sumbangan.

Isteri Imam juga membantu.

Tuesday, September 2, 2008

RAMADHAN - BUKA PUASA DI PAYASUM

AJK telah berbuka puasa di Rumah Anak Yatim PAYASUM, Sungai Udang. Seramai 47 anak-anak perempuan dan 35 anak-anak lelaki serta Ahli Lembaga PAYASUM telah dijamu oleh masakan yang disediakan oleh AJK sendiri - Nasi tomato/putih, kurma daging, ayam goreng, rojak, 4 jenis kueh, buah-buahan serta buah-buahan.
Pada majlis itu juga diserahkan sumbangan RM500 dari Persatuan. Setelah berbuka dan makan, solat Maghrib berjemaah di adakan, diikuti dengan bacaan tahlil, Solat Isyak serta Tarawih. Semua ahli rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak PAYASUM kerana membenarkan majlis ini diadakan bersama anak-anak yatim di bulan yang mulia ini. Ini adalah rumah anak yatim ke-3 yang telah diadakan majlis seperti ini. Tahun pertama di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zahara, Bukit Katil. Tahun sudah di rumah anak yatim Sultan Abdul Aziz, Pantai Puteri, Tanjung Kling. Diharap projek ini akan berterusan.




















AJK bergambar kenangan-kenangan bersama pihak pengurusan PAYASUM setelah menyerahkan sumbangan.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

JUMAAT, 29/8/2008

Jam 2.30 ptg. bertempat di Kpg. Pinang A, Klebang Besar telah diadakan majlis khatam Al-Quran untuk di hadiahkan kepada allahyarham ayahnda YBhg. Puan Seri Hjh. Halijah yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini.