Saturday, February 26, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh: Khamis, 24/2/2011 jam 3.00 ptg. Menyertai Kumpulan WI Klebang mengkhatamkan Al-Quran untuk Allahyarham ibu Pn. Rabiah Ahmad di kediamannya di Tanjong Kling.

Wednesday, February 16, 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN


Bertempat di Masjid Selat, Pulau Melaka, seramai 50 ahli hadir dari waktu Asar hingga ke Isyak bagi menyertai program Tadarus Al-Quran Kali Pertama Tahun ini. Doa khatam dibacakan oleh Tuan Imam Besar, sementara tazkirah maghrib disampaikan oleh Imam ll.

Saturday, February 12, 2011

MERAIKAN MAJLIS PERKAHWINAN


Sabtu, 12/2/2011, 10.00 pg. kami dijemput mengadakan bacaan Maulid D'Bai dan persembahan Hadrah di majlis meraikan perkahwinan anaknda Pn. Hjh. Asmah Ismail, Bendahari LKPI Melaka Tengah di kediaman beliau di Taman Putra, Bukit Baru, Melaka.