Friday, March 28, 2008

PERTANDINGAN HAFAZAN RUMAH LKPI


Pagi tadi Rumah LKPI di Taman Desa dikunjungi oleh ramai wakil-wakil ahli LKPI seluruh negeri Melaka untuk menyaksikan Pertandingan Hafazan Surah Ar-Rahman peringkat Negeri. Sebanyak 7 daerah/cawangan telah menghantar Johan masing-masing. Kecuali Ayer Keroh tiada wakil. Pn. Hjh. Khadijah Bachik mewakili Daerah Melaka Tengah. Beliau juga adalah Johan menanti. Tetapi malangnya pada tahun ini, Pn Hjh. Khadijah cuma dapat Naib-Johan sahaja. Wakil Jasin jadi Johan Hafazan tahun ini. Syabas kepada semua yang mengambil bahagian. Juga terima kasih kepada AJK Negeri kerana menyusun acara dengan baik dan menaikkan 'astaka' yang menarik.

Sebahagian ahli yang hadir . . .

Ustaz Hasbullah dan rakan dua orang pengadil jemputan

Hjh. Khadijah, johan Melaka Tengah, menyampaikan hafazan dengan penuh tumpuan

"Mari kita semak hafazan dia ...."

"Kita pun nak semak gak . . ."

Tujoh peserta hafazan tahun ini. Duduk baris hadapan di tengah itu ialah Johan tahun 2008. Tahniah!

Sebelum berpisah, peserta bergambar ramai dengan Pengadil-pengadil dan AJK LKPI Negri.

Thursday, March 27, 2008

HAFAZAN SURAH AR-RAHMAN

Seramai 7 orang ahli telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Hafazan Surah Ar-Rahman Peringkat Daerah Melaka Tengah, yang diadakan di rumah Pn. Hjh. Rahimah Ahmad, Pengerusi, pada jam 4.00 ptg. tadi. Pertandingan diadili oleh YBhg. Ustaz Abd. Rahim Chaliq Al-Hafiz. Johan akan mewakili Daerah ini ke Pertandingan Peringkat LKPI Negeri yang akan diadakan esok, 28 Mac 2008, Jumaat, di rumah Lembaga. Syabas dan terima kasih kepada mereka yang telah mengambil bahagian. Berikut keputusannya :

JOHAN : Hjh. Khadijah Bachik - Tanjong Kling
NAIB JOHAN : Hjh. Nazli Abbas - Bukit China
KETIGA : Hjh. Sharifah Noor - Bukit Baru
SAGUHATI :
Hjh. Laila Ahmad - Limbongan
Hjh. Salmah Ahmad - Kota Laksamana
Pn. Eli Yusni Razali - Tmn. Rambai Jaya
Hjh. Safiah Idris - Taman Balkis

Hadirin menyemak bacaan peserta-peserta dengan khusyuk.



Hjh. Laila peserta pertama

YBhg. Ustaz sedang memberi penilaian

Friday, March 21, 2008

SAMBUTAN MAULID RASUL LKPI NEGERI

Menghantar wakil-wakil menghadiri majlis sambutan maulid Rasul di Rumah Lembaga, Desa Baru anjuran LKPI Negeri Melaka. Majlis bermula jam 3.00 ptg dengan bacaan Asma'ul Husna dengan pimpinan LKPI Cheng. Selepas itu, bacaan berzanji diketuai oleh kumpulan dari Daerah Melaka Tengah. Diikuti dengan tazkirah Maulid Rasul oleh YBhg. Ustaz Abd. Rahim Chaliq Al-Hafiz. Tiba waktu Asar, solat berjamaah. Majlis bersurai jam 5.00 ptg.

Pemandangan di dewan belajar Rumah Lembaga di Taman Desa Baru, majlis bermula.

Kumpulan LKPI Daerah Melaka Tengah menyampaikan "berzanji".

Semasa menyampaikan solawat Rasul . . .

YBhg. Ustaz Abd. Rahim Chaliq menyampaikan tazkirah Maulid Ar-Rasul


Sebelum berpisah, hadirin di hadiahkah bunga telur dan nasi kunyit.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA LKPI NEGERI!

Thursday, March 20, 2008

KEMASKINI DIARI

17 MAC 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-7 , jam 3.00 ptg di rumah Pn. Hjh. Rahimah, Pengerusi.
3 AJK tidak hadir.

14 MAC 2008

Convention Kesihatan Wanita anjuran Puspanita UTEM & MAKNA. Tempat - Kampus Industri UTEM, Ayer Keroh. Wakil AJK 5 orang - Hjh Nazli, Hjh Asmah, Hjh Khatijah, Hjh Rabiah dan Hjh Normadiah. Tempoh - 8.00 pg hingga 5.00 ptg.

Sunday, March 2, 2008

AKTIVITI-AKTIVITI TERKINI

RABU : 27/2/2008. 3.00 ptg. Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-6 diadakan di kediaman rumah Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad di Taman Kenanga, Tengkera.
KHAMIS : 28/2/2008. 3.00 ptg. LKPI Daerah Melaka Tengah berserta LKPI Negeri telah menganjurkan majlis khatam Al-Quran di rumah Allahyarham Datuk Nasir Manap di Taman Peringgit Jaya. Aruah adalah ayahnda kepada AJK Pn. Zainon.