Thursday, April 3, 2008
Majlis Khatam Al-Quran
Friday, March 28, 2008
PERTANDINGAN HAFAZAN RUMAH LKPI

Sebahagian ahli yang hadir . . .
Ustaz Hasbullah dan rakan dua orang pengadil jemputan
Hjh. Khadijah, johan Melaka Tengah, menyampaikan hafazan dengan penuh tumpuan

"Mari kita semak hafazan dia ...."

"Kita pun nak semak gak . . ."

Tujoh peserta hafazan tahun ini. Duduk baris hadapan di tengah itu ialah Johan tahun 2008. Tahniah!
Sebelum berpisah, peserta bergambar ramai dengan Pengadil-pengadil dan AJK LKPI Negri.
Thursday, March 27, 2008
HAFAZAN SURAH AR-RAHMAN
JOHAN : Hjh. Khadijah Bachik - Tanjong Kling
NAIB JOHAN : Hjh. Nazli Abbas - Bukit China
KETIGA : Hjh. Sharifah Noor - Bukit Baru
SAGUHATI :
Hjh. Laila Ahmad - Limbongan
Hjh. Salmah Ahmad - Kota Laksamana
Pn. Eli Yusni Razali - Tmn. Rambai Jaya
Hjh. Safiah Idris - Taman Balkis
Hadirin menyemak bacaan peserta-peserta dengan khusyuk.
Hjh. Laila peserta pertama
YBhg. Ustaz sedang memberi penilaian
Friday, March 21, 2008
SAMBUTAN MAULID RASUL LKPI NEGERI

Pemandangan di dewan belajar Rumah Lembaga di Taman Desa Baru, majlis bermula.

Kumpulan LKPI Daerah Melaka Tengah menyampaikan "berzanji".

Semasa menyampaikan solawat Rasul . . .

YBhg. Ustaz Abd. Rahim Chaliq menyampaikan tazkirah Maulid Ar-Rasul

Sebelum berpisah, hadirin di hadiahkah bunga telur dan nasi kunyit.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA LKPI NEGERI!
Thursday, March 20, 2008
KEMASKINI DIARI
Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-7 , jam 3.00 ptg di rumah Pn. Hjh. Rahimah, Pengerusi.
3 AJK tidak hadir.
14 MAC 2008
Convention Kesihatan Wanita anjuran Puspanita UTEM & MAKNA. Tempat - Kampus Industri UTEM, Ayer Keroh. Wakil AJK 5 orang - Hjh Nazli, Hjh Asmah, Hjh Khatijah, Hjh Rabiah dan Hjh Normadiah. Tempoh - 8.00 pg hingga 5.00 ptg.
Sunday, March 2, 2008
AKTIVITI-AKTIVITI TERKINI
Monday, February 11, 2008
Majlis Perasmian Pusat Anak Permata Negara
10 orang wakil LKPI Melaka Tengah mengadiri majlis tersebut di atas yang di adakan pada jam 3.00 ptg. bertempat di PAPN, 47 Kuarters Kerajaan, Bukit Peringgit. Majlis dirasmikan oleh YAB Dato'Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pusat ini, khas untuk anak-anak di bawah 5 tahun, adalah Pra-sekolah mengikuti Program Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Permata Negara anjuran Jabatan Perdana Menteri.
Antara mereka yang hadir. Duduk di baris hadapan sebahagian 'Anak Permata' yang mengikuti program ini.

