Sunday, January 11, 2009

SAMBUTAN HARI ASYURA

Pada Rabu, 7hb. Januari 2009 bersamaan 10 Muharram 1430 Majlis Menyambut Hari Asyura telah diadakan dari jam 3.00 ptg. hingga selepas Asar di kediaman Pn. Hjh. Rahimah di Taman Kenanga. Seramai 30 orang anak-anak yatim diraikan. Majlis bermula dengan bacaan Yasin dan tahlil diikuti tazkirah ringkas mengenai Hari Asyura oleh YBhg. Ustaz Abdul Rahim Khaliq. Setelah solat Asar berjemaah, anak-anak yatim beratur untuk disapu kepala mereka dan menerima hadiah-hadiah daripada mereka yang hadir. Turut hadir YBhg. Puan Sri Hjh. Zabedah, Pengerusi LKPI Negeri serta AJKnya yang lain.


Posted by Picasa

Thursday, January 1, 2009

MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Majlis ini telah diadakan selepas solat Asar berjemaah di Masjid Selat Melaka. Seramai 55 orang ahli serta sahabat-sahabat ahli telah hadir menjayakan acara ini. Tujuan utama ialah bagi menyambut ketibaan tahun baru Hijriah 1430 dengan harapan tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lalu. Selain dari mengeratkan silaturahim antara ahli. Al-Quran dapat dikhatamkan sebelum solat Maghrib. Peserta dapat juga berbuka puasa beramai-ramai di perkarangan masjid. Selesai solat maghrib, diadakan bacaan Yasin sempena malam Jumaat. Setelah solat Isya' diteruskan dengan solat sunat Taubat dan Hajat. Semoga mendapat keberkatan Allah.

Tuesday, December 16, 2008

TAKLIMAT RANCANGAN KERJA LKPI NEGERI

Berlangsung sebelah pagi di Ayer Keroh d'Village Resort dihadiri oleh AJK Negeri Melaka, 3 orang wakil dari daerah/cawangan (Pengerusi, Setiausaha, Benadahari). Turut hadir YBhg. Datok Lily Majid, Setiausaha Kehormat LKPI Malaysia dari Kuala Lumpur. Majlis berbincang permasalahan terkini serta arah tuju Persatuan.

Saturday, December 6, 2008

TAKZIAH

Jumaat, 5/12/2008, jam 2.30 ptg. telah diadakan majlis khatam Al-Quran di rumah Pn. Hjh. Jaithoon Abd. Rahman di Taman Peringgit Jaya sempena pulang ke rahmatullah suami beliau baru-baru ini.

Saturday, November 29, 2008

LARIAN WALKATHON LKPI NEGERI

Hari Sabtu, 29/11/2008, jam 8.00 pg. bertempat di hadapan padang Taman Desa Baru - Acara Walkathon Sempena 50 Tahun LKPI Malaysia anjuran LKPI Perhubungan Negeri Melaka. Tujuan bagi mengisi tabung kebajikan & pengurusan serta menampung aktiviti-aktiviti LKPI Negeri Melaka. Majlis di rasmikan oleh YB Datuk Hj. Mat Sirat. lebih kurang 30 ahli Melaka Tengah mengambil bahagian. Turut serta ahli-ahli dari cawangan-cawangan lain di Melaka.

Peserta-peserta mendaftar diri


Senamrobik dulu sebelum berlepas

Satu, dua, tiga . . . preeeeeppp!

Monday, November 10, 2008

MESYUARAT JAWATANKUASA

Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-6 diadakan hari ini jam 3.00 ptg. di kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad.

Saturday, November 8, 2008

ZIARAH RAKAN


Dengar khabar, Jah (a.k.a Hjh. Khadijah Bacik) akan berada di rumahnya di Tanjong Kling hari ini. Hjh. Khatijah seorang AJK yang bertanggung-jawab dan beberapa kali menaikkan nama Melaka Tengah kerana sering menang dalam peringkat tilawah Al-Quran LKPI Negeri Melaka. Selama ini Jah sedang berubat di Kuala Lumpur. Oleh itu, AJK pun mengambil kesempatan untuk menziarahi Jah di rumahnya.

Seramai 6 orang AJK yang dapat hadir. Walaupun kelihatan ceria, Allah sahaja yang mengetahui penderitaan yang dilaluinya. Didoakan Jah cepat sembuh.

AJK yang hadir.

Jah dan rakan-rakan yang datang menziarah petang itu.