Tarikh: 16 Desember 2010, Khamis. Masa : 3.00 ptg. Tempat : Kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad. Acara di bawah pimpinan YBhg. Ustaz Abd. Rahim Khaliq, guru agama LKPI - ceramah, zikir, bacaan surah Yasin & Tahlil, Solat Asar. Diakhiri dengan mengusap kepala 30 anak yatim dan memberi sumbangan. Ramai hadirin turut memberi sumbangan kepada anak-anak yatim. Selain itu anak-anak membawa pulang nasi beriani, bubur, buah-buahan, buku cerita agama, 'towel', kotak pensel dan berbagai lagi sumbangan individu. Turut hadir YBhg. Puan Sri Datuk Hjh. Zabedah, Pengerusi LKPI Negeri Melaka.
Thursday, December 16, 2010
Friday, October 8, 2010
SAMBUTAN HARI RAYA LKPI NEGERI MELAKA
Ahli Jawatankuasa LKPI Perhubungan Negeri Melaka menganjurkan Sambutan Hari Raya yang dihadiri oleh wakil-wakil dari 8 cawangannya. Majlis diserikan dengan tazkirah oleh YBhg. Ustaz Hj. Abdul Rahim Khaliq di mana beliau mengingatkan hadirin supaya mengamalkan amalan dan kebajikan yang telah dilakukan dalam bulan Ramadhan. Turut diraikan adalah anak-anak dari KAYFAZ (Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah). Setelah solat Asar berjemaah, hadirin dijamukan dengan hidangan-hidangan sumbangan dari setiap cawangan.
Menjamu selera
Saturday, October 2, 2010
PERSEMBAHAN HADRAH
Pagi tadi, Kumpulan Hadrah kami membuat persembahan Hadrah dijemput oleh AJK, Pn. Rabiah Ahmad sempena majlis perkahwinan anak saudara beliau. Tempat - Tanjong Kling.
Saturday, September 4, 2010
MAJLIS KHATAM PERDANA LKPI
Tarikh : 3 September 2010. Masa : 9.30 pg. Tempat : Rumah Lembaga, Taman Desa Baru. LKPI Perhubungan Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Khatam Perdana. Seramai lebih kurang 80 orang ahli mewakili cawangan-cawangan di negeri Melaka telah hadir untuk khatam beramai-ramai. Majlis di bimbing oleh YBhg. Datuk Hj. Muhammad bin Hj. Hashim, Imam Besar Masjid Al-Adzim. Turut hadir Pengerusi LKPI Negeri Melaka, YBhg. Puan Sri Datuk Hjh Zabedah binti Abdullah.
Friday, August 27, 2010
MAJLIS KHATAM TADARUS AL-QURAN
Tarikh : 27/8/2010, Jumaat. Jam : 9.00 pg. Tempat : Kediaman Pn. Hjh. Rahimah Ahmad, Pengerusi. Seramai 17 orang peserta termasuk ahli LKPI dan PPP Taman Kenanga telah mengambil bahagian. Bacaan di bawah pemerhatian Ustazah Hjh. Maziah Ali dan Pn. Hjh. Esah Puasa. Hari ini diadakan majlis Khatam Tadarus Al-Quran, juga turut hadir AJK Melaka Tengah dan Pn. Hjh. Hamimah Abd. Jalil, Setiausaha Kehormat LKPI Perhubungan Negeri Melaka.
Wednesday, August 18, 2010
BERBUKA PUASA BERSAMA
Sunday, August 8, 2010
QIAMULLAIL DI AMBANG RAMADHAN 2010
TARIKH : 7 Ogos 2010 Sabtu. TEMPAT : Masjid Selat, Melaka. Seramai 30 orrang ahli telah menyertai program ini di bawah bimbingan YBhg. Ustazah Hjh. Ramlah Rashid dari Jasin. Program bermula dengan Khatam Al-Quran selepas Solat Isyak, diikuti dengan Qiamullail pada jam 3.30 pg. hari Ahad berikutnya. Setelah solat Subuh dan tazkirah, majlis bersurai.
Subscribe to:
Posts (Atom)


