Thursday, March 24, 2011

LAWATAN "TANYALAH USTAZ"

4 orang AJK dan beberapa orang ahli mengikuti rombongan anjuran LKPIM Perhubungan Negeri Melaka ke TV9 Seri Pentas, Kuala Lumpur untuk menyertai rakaman rancangan "Tanyalah Ustaz" TV9. AJK yang pergi - Pn. Hjh. Rahimah Ahmad (Pengerusi), Pn. Hjh. Khadijah Khalil, Pn. Hjh. Normadiah Yasin dan Pn. Zainon Datuk Nasir.

Saturday, March 5, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-22

Tempat : Dewan Galeri Ketua Menteri Melaka, Bukit Peringgit. Sebelum Mesyuarat Agung bermula, diadakan Ceramah Agama bertajuk "Ketulusan Hati" anjuran bersama Bahgian Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri. Penceramah : YBhg. Ustaz Ahmad Fahim bin Robani dari Universiti Multi Media. Mesyuarat Agung dirasmikan oleh YBhg. Puan Sri Datuk Hjh Zabedah Abdullah, Pengerusi LKPIM Perhubungan Negeri Melaka.


Ceramah Agama "Ketulusan Hati"

Hadirin di Mesyuarat Agung Ke-22


Penyampaian Lencana Ahli Seumur Hidup & Cenderahati

Thursday, March 3, 2011

LAWATAN KE HOSPITAL

Lawatan anjuran LKPIM Negeri Melaka ke Hospital Alor Gajah pagi hari ini. Menghantar 3 orang wakil : Pn. Hjh. Rahimah Ahmad, Pn. Hjh. Fatimah Abu dan Pn. Hjh. Patmah Tamby Chik.

Wednesday, March 2, 2011

MESYUARAT AJK KALI KE-5/2010

Jam 3.00 ptg., bertempat di kediaman Pengerusi. Perbincangan Pra-Mesyuarat Agung Ke-22 yang akan diadakan pada 5/3/2011 di Dewan Galeri Ketua Menteri Melaka, Bukit Peringgit. Juga bincang aktiviti-aktiviti lain yang akan dijalankan.

Saturday, February 26, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh: Khamis, 24/2/2011 jam 3.00 ptg. Menyertai Kumpulan WI Klebang mengkhatamkan Al-Quran untuk Allahyarham ibu Pn. Rabiah Ahmad di kediamannya di Tanjong Kling.

Wednesday, February 16, 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN


Bertempat di Masjid Selat, Pulau Melaka, seramai 50 ahli hadir dari waktu Asar hingga ke Isyak bagi menyertai program Tadarus Al-Quran Kali Pertama Tahun ini. Doa khatam dibacakan oleh Tuan Imam Besar, sementara tazkirah maghrib disampaikan oleh Imam ll.

Saturday, February 12, 2011

MERAIKAN MAJLIS PERKAHWINAN


Sabtu, 12/2/2011, 10.00 pg. kami dijemput mengadakan bacaan Maulid D'Bai dan persembahan Hadrah di majlis meraikan perkahwinan anaknda Pn. Hjh. Asmah Ismail, Bendahari LKPI Melaka Tengah di kediaman beliau di Taman Putra, Bukit Baru, Melaka.