Tuesday, September 2, 2008

RAMADHAN - BUKA PUASA DI PAYASUM

AJK telah berbuka puasa di Rumah Anak Yatim PAYASUM, Sungai Udang. Seramai 47 anak-anak perempuan dan 35 anak-anak lelaki serta Ahli Lembaga PAYASUM telah dijamu oleh masakan yang disediakan oleh AJK sendiri - Nasi tomato/putih, kurma daging, ayam goreng, rojak, 4 jenis kueh, buah-buahan serta buah-buahan.
Pada majlis itu juga diserahkan sumbangan RM500 dari Persatuan. Setelah berbuka dan makan, solat Maghrib berjemaah di adakan, diikuti dengan bacaan tahlil, Solat Isyak serta Tarawih. Semua ahli rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak PAYASUM kerana membenarkan majlis ini diadakan bersama anak-anak yatim di bulan yang mulia ini. Ini adalah rumah anak yatim ke-3 yang telah diadakan majlis seperti ini. Tahun pertama di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zahara, Bukit Katil. Tahun sudah di rumah anak yatim Sultan Abdul Aziz, Pantai Puteri, Tanjung Kling. Diharap projek ini akan berterusan.




















AJK bergambar kenangan-kenangan bersama pihak pengurusan PAYASUM setelah menyerahkan sumbangan.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

JUMAAT, 29/8/2008

Jam 2.30 ptg. bertempat di Kpg. Pinang A, Klebang Besar telah diadakan majlis khatam Al-Quran untuk di hadiahkan kepada allahyarham ayahnda YBhg. Puan Seri Hjh. Halijah yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Saturday, August 23, 2008

QIAMULLAIL


Malam ini diadakan Majlis Tazkirah dan Qiamullail bertempat di Masjid Selat, Taman Melaka Raya, Melaka. Seramai 33 peserta telah hadir sepanjang malam. Dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dengan Imam Masjid, diikuti dengan majlis bacaan Yasin dan Solat Isyak berjemaah. Kemudian makan beramai-ramai cara 'pot-luck'.

Acara diteruskan dengan Majlis Ceramah Agama yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd. Fauzi bin Jaafar dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Daerah Jasin (RKSK) dengan penyampaian yang menarik bertajuk "Wanita Solehah Pemangkin Ummah".


Khusyuk mendengar penyampaian Ustaz

Peserta tidur di dalam ruang masjid dan bangun jam 3.00 pagi untuk bersiap-siap. Jam 4.00 pagi bermula solat-solat Qiamullail di bawah pimpinan YBhg. Ustazah Hjh. Maziah Ali. Setalah solat Subuh berjemaah dan bersarapan pagi, peserta bersurai.

Mohon desejahteraan dan rahmat daripada Allah.

Friday, July 25, 2008

AKTIVITI DI HOSPITAL MELAKA

Jumaat, 25 Julai 2008, Melaka Tengah diberi tanggungjawab oleh LKPI Negeri Melaka untuk mengendalikan program "Sayang di Sayang", satu program bagi menghiburkan pesakit-pesakit. Hjh. Nazli mengambil tugas sebagai Pengacara dan Pengurus Program. AJK yang hadir : Hjh. Asmah, Hjh. Fatimah Abu, Hjh. Zainoon Masil, Pn. Zainon Datuk Nasir dan Pn. Mariam. serta beberapa ahli lain. Turut hadir AJK Negri - Pn. Khadijah Mustapha, Naib Pengerusi, Pn. Hjh. Hamimah, Setiausaha dan Pn. Hjh. Sharifah Aziz, Bendahari. Majlis bermula jam 3.00 ptg. di Auditorium, Tingkat 4, Blok B Hospital Melaka.


Walaupun acara tidak dirancang, ia dapat dijalankan dengan lancar dan menggembirakan hadirin terutamanya pesakit-pesakit. Juga telah diundang En Amir dan anaknya, Nor, seorang penyanyi kanak-kanak yang berbakat. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan program ini.

Sunday, July 13, 2008

AKTIVIITI BAHASA INGGERIS DI KAYFAZ

Hari ini antara 5.30 hingga 6.30 ptg. tibalah giliran Melaka Tengah mengendalikan aktiviti Bahasa Inggeris di Kompleks Anak Yatim Fatimah Zaharah (KAYFAZ) anjuran LKPI Negeri (Pn. Hjh. Esah). Hanya AJK Hjh. Nazli dan Pn. Zainon Datuk Nasir yang berkesempatan mengelolakan acara petang ini. Oleh itu, mereka dibantu oleh ahli keluarga Hjh. Nazli dan Pn. Hjh. Esah sendiri. Berbagai aktiviti diadakan untuk menggalak anak-anak tersebut mendengar, memahani dan bertutur Bahasa Inggeris - nyanyian, permainan dalam kumpulan dan menulis serta membaca. Aktiviti dijalankan dengan jayanya.
Hjh. Nazli sedang mengendalikan aktiviti.

Anak-anak tekun mendengar dan menulis.

Mereka kelihatan gembira mengikuti semua aktiviti.

Friday, July 11, 2008

9 JULAI 2008 - RABU - LAWATAN KUANTAN

5 orang AJK menyertai rombongan Lawatan Sambil Belajar ke LKPI Pahang, Kuantan, anjuran LKPI Negeri Melaka. Meraka adalah Hjh. Rahimah Ahmad, Hjh Fatimah Abu, Hjh. Ramlah Dahili, Hjh. Zainoon Masil dan Hjh. Khadijah Abd. Latif.

3 JULAI 2008 - MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Telah diadakan di kediaman Pn. Hjh. Zainab di Bukit Baru. Dihadiahkan pahala kepada Allahyarhamah Hjh. Rogayah binti Abd. Majid, ahli seumur hidup Melaka Tengah dan bekas Naib Pengerusi LKPI Negeri Melaka. Meninggal dunia pada usia 83 kerana penyakit tua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Amin.