Sunday, February 21, 2010
KURSUS PENGURUSAN
Tarikh : 19 Februari 2010, jam 9.00 pg. bertempat di Ayer Keroh d'Village Resort.
Kursus Pengurusan Pertubuhan Yang Berkualiti anjuran LKPIM Perhubungan Negeri Melaka. Melaka Tengah diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Kursus Pengurusan Pertubuhan Yang Berkualiti anjuran LKPIM Perhubungan Negeri Melaka. Melaka Tengah diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Thursday, February 18, 2010
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Jam 3.00 ptg. di rumah kediaman Allahyarham Pn. Hjh. Fatimah binti Hj. Ahmad, di Pengkalan Minyak, Tanjong Kling. Majlis Khatam Al-Quran Berjemaah telah diadakan untuk dihadiahkan kepada roh Allahyarham yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Beliau adalah Ahli Seumur Hidup dan pernah menjadi AJK Melaka Tengah. Bacaan doa disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Abd. Rahim Khaliq, guru agama LKPI Melaka. Semoga rohnya diberkati dan dirahmati. Amin.
Thursday, January 21, 2010
MAJLIS KESYUKURAN DAN TAHLIL
Hari Rabu, 20 Januari 2010, jam 3.00 petang. Kami dijemput mengadakan bacaan Yasin, tahlil dan Maulud di kediaman Pn.Hjh.Faridah Tamby, ahli seumur hidup, di Kampong Enam, Bacang. AJK yang hadir - Hjh Rahimah Ahamad (Pengerusi), Hjh. Hapipah Mahat (Naib Pengerusi), Hjh. Nazli Abbas (Setiausaha), Hjh. Patmah Datuk Tamby Chik, Hjh. Fatimah Abu dan Hjh. Khatijah Bachik.
Thursday, December 31, 2009
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PENGANTIN
Meraikan Majlis Pekahwinan anak perempuan YBhg. Datin Hjh. Hasiah Harun, Pengerusi WI Daerah Melaka Tengah. Tempat : Kediaman Jalan Tanjong, Bukit Baru, Melaka. Acara : Khatam Al-Quran pengantin, Yasin, Maulud, Hadrah.

Pengantin, Nor Haslin binti Datuk Mohd Ali (kiri sekali) diteman oleh bonda, YBhg. Datin Hasiah dan YBhg. Datin Seri Hjh. Asmah, isteri YAB Ketua Menteri Melaka.
Antara rakan yang hadir . . . . .
Bagai pinang dibelah dua Nor Haslin dan Mohd Irwan di resepsi yang diadakan pada
Jumaat 1 Januari 2010 di Mini Stadium Dewan Bistari, Melaka.
Sunday, December 27, 2009
SAMBUTAN HARI ASYURA
Masa : 2.30 ptg. Tempat : Kediaman Pn. Hjh. Hapipah Mahat, Naib Pengerusi LKPI Daerah Melaka Tengah
YBhg. Ustaz Hj. Abd.Rahim sedang memberi tazkirah mengenai Hari Asyura di hadapan lebih kurang 50 orang hadirin.
Mana rambut anak yatim nak diusap ni? Naib Pengerusi bertanya.
Akhirnya anak yatim gembira menerima sumbangan dan hadiah-hadiah daripada penderma-penderma budiman pada Hari Asyura.
Monday, October 19, 2009
RUMAH TERBUKA SYAWAL

Hari ini hari terakhir bulan Syawal, bulan Hari Raya. Kumpulan Hadrah telah menziarahi rumah-rumah berikut dan telah mendapat sambutan yang sangat memuaskan. Terima kasih kepada semua yang telah sudi menjemput kami, menyediakan juadah yang pelbagai jenis dan memberi sumbangan untuk Tabung Kebajikan Hadrah. Rumah-rumah yang telah dilawati :
5/10 - Isnin - Hjh. Hapipah, Hjh. Salha & Hjh. Zaiton Dagang.
6/10 - Selasa - Hjh. Patmah Datuk Tamby Chik & Puan Sri Hjh. Halijah
7/10 - Rabu - Hjh. Zauyah & Hjh. Wan Jamilah
8/10 - Khamis - Hjh. Fatimah Abu & Pn. Mariam Ali
9/10 - Jumaat - Hjh. Kalsom
12/10- Isnin - Hjh. Zaleha & Hjh. Zainoon Masil & Hjh. Rokiah Awab
13/10 - Selasa - Hjh. Asmah & Hjh. Hamimah
17/10 - Sabtu - Majlis Perkahwinan Rumah Hjh. Hapipah & Salmah
18/10 - Ahad - Hjh. Rahimah
Monday, October 5, 2009
HADRAH HARI RAYA 2009
Hari ini bermula 'marhaban' rumah ke rumah untuk meraikan Hari Raya setelah ramai ahli selesai berpuasa sunat Syawal. Tujuan utama untuk mengeratkan silaturahim dan berRaya secara rumah terbuka. Majlis diserikan dengan persembahan Hadrah. Rumah-rumah yang diziarahi adalah rumah Hjh. Hapipah Mahat, Hjh. Salha Yaacob dan Hjh. Zaiton Dagang, kesemuanya sekitar kawasan Bukit Baru dan Bukit Piatu.

Persembahan Hadrah di kediaman Pn. Hjh. Hapipah

Pn. Hjh. Salha (paling kanan) menyambut tetamu
Di kediaman Pn. Hjh. Zaiton Dagang (baju merah, kanan)
Subscribe to:
Posts (Atom)
