Saturday, January 22, 2011

SEMINAR MUHASABAH DIRI

LKPI Melaka Tengah menganjurkan Seminar Muhasabah Diri dengan kerjasama Ustaz Baharuddin Latif dari Nur Insani Consultancy, Melaka. Masa : 9.00 pg hingga 12.00 tgh bertempat di Dewan Perzim, Jalan Kota,Melaka. 40 orang pelajar lelaki dari SMK Munshi Abdullah serta 46 peserta telah mendapat manfaat dari ceramah yang disampaikan.



Friday, January 21, 2011

ZIARAH KEBAJIKAN

Tarikh : 20/1/2011, Khamis. Petang, Pengerusi dan beberapa orang AJK menziarahi AJK Pn. Hjh. Ramlah Dahili di Hospital Melaka. Semoga cepat sembuh.

Friday, January 14, 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA

Tarikh : 12/1/2011 Masa : 3 - 4.40 ptg. Tempat : Kediaman Pengerusi, PN. Hjh. Rahimah Ahmad. Mesyuarat AJK Ke-4/2010.

ZIARAH KEBAJIKAN

14/1/2011 - AJK menziarah Ustazah Hjh. Maziah, guru agama kami, di kediamannya di Pernu. Ustazah tidak sihat sejak sebulan yang lalu. Didoakan semoga Ustazah cepat sembuh dan dapat bertugas seperti biasa.

12/1/2011 - AJK ke Hospital Pantai, Ayer Keroh, menziarah suami AJK Hjh. Ramlah Johari. Semoga cepat sembuh.

Tuesday, December 28, 2010

CUTI-CUTI DI LANGKAWI

LKPI Daerah Melaka Tengah membuat lawatan sambil bersantai ke Langkawi dengan menaiki bas. Bertolak jam 10.30 mlm dari Melaka, 28/12/2010, Selasa. Seramai 25 peserta mengikuti rombongan 4 hari 2 malam ke Langkawi. Selain dari membeli-belah, kami melawat Kompleks Pusara Mahsuri dan berriadah ke beberapa pulau berdekatan. Dalam perjalanan balik, singgah berbelanja di Padang Besar dan juga di Pusat Perubatan China di Prai. Tiba semula ke Melaka jam 1.00 mlm Sabtu, 1/1/2011.

Berbelanja di Syarikat pengeluaran bahan-bahan dari gamat

Ziarah Makam Legenda Mahsuri

Perusahaan kuih-kuih tradisional di Kompleks Mahsuri
'Island Hopping' - pulau ke pulau - di suatu pagiMengeratkan silaturrahim antara peserta

Thursday, December 23, 2010

MAJLIS KHATAM QURAN BERJEMAAH

Tarikh : 23/12/2010, Khamis. Masa: 3.00 ptg. Tempat : Rumah Pn. Hjh. Ramlah Abdol, Ahli Seumur Hidup & bekas AJK, Tanjong Kling, Melaka. Acara : Majlis Khatam Al-Quran Berjemaah sempena pulang ke rahmatullah Arwah suami beliau minggu lepas. Turut hadir YBhg. Ustaz Abd. Rahim Khaliq, guru agama kami.

Thursday, December 16, 2010

MAJLIS SAMBUT HARI ASYURA

Tarikh: 16 Desember 2010, Khamis. Masa : 3.00 ptg. Tempat : Kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad. Acara di bawah pimpinan YBhg. Ustaz Abd. Rahim Khaliq, guru agama LKPI - ceramah, zikir, bacaan surah Yasin & Tahlil, Solat Asar. Diakhiri dengan mengusap kepala 30 anak yatim dan memberi sumbangan. Ramai hadirin turut memberi sumbangan kepada anak-anak yatim. Selain itu anak-anak membawa pulang nasi beriani, bubur, buah-buahan, buku cerita agama, 'towel', kotak pensel dan berbagai lagi sumbangan individu. Turut hadir YBhg. Puan Sri Datuk Hjh. Zabedah, Pengerusi LKPI Negeri Melaka.