Sunday, April 6, 2008

MESYUARAT AGUNG NEGERI

Tarikh : SABTU, 5 April 2008. Menghantar wakil-wakil ke Mesyuarat Agung LKPI Negeri Melaka bertempat di Ayer Keroh d'Village Resort mula jam 3.00 ptg. Melaka Tengah menjual jahitan tuala lap tangan dan bakul berbalut kain hasil-tangan AJK and ahli. Tujuan mengutip derma.

Thursday, April 3, 2008

MESYUARAT AGUNG KE-19


Tarikh : 30 Mac 2008
Masa : 3.00 ptg.
Tempat : Malacca Straits Hotel, Jalan Chan Koon Cheng, Melaka
Aktiviti : Mesyuarat Agung Ke-19 LKPI Daerah Melaka Tengah

Perasmi : YB Puan Latipah binti Omar, ADUN Melaka Kawasan Taboh Naning.

Turut hadir : Puan Seri Datuk Hjh.Zabedah dan AJK Negri.
Acara: 1) Selain dari ucapan-ucapan, penyampaian lencana kepada 7 Ahli Seumur Hidup, 6 lagitidak hadir. 2) Penyampaian hadiah-hadiah kepada AJK sebagai penghargaan 3) Hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang dan peserta-peserta Pertandingan Hafazan Surah Al-Rahman.4) Sumbangan dari Perasatuan kepada Setiausaha, Hjh.Nazli, yang akan ke Jordan untuk mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab di Amman.5) Cabutan Nama-nama Bertuah - hadiah sumbangan daripada AJK.

Majlis Khatam Al-Quran

TARIKH : KHAMIS, 3 APRIL 2008

Jam 3 ptg. berlangsung Majlis Khatam Al-Quran di kediaman YBhg. Datin Hasiah Hassan di Peringgit bagi memperingati pulang ke rahmatullah suami beliau baru-baru ini. Majlis yang dianjurkan oleh LKPI Melaka Tengah dan WI Melaka Tengah dipimpin oleh YBhg. Ustaz Ab.Rahim Khaliq. Al-Fatihah.