Saturday, April 23, 2011

WALKATHON 1 MALAYSIA

Setiausaha mewakili Persatuan ke acara "Walkathon 1 Malaysia" anjuran Persatuan Guru-guru Lepasan MPPM bertempat di perkarangan IPG Kampus Perempuan Melayu, Durian Daun. Jarak perjalanan sepanjang 3 kilometer. Pelajar-pelajar berjalan kaki memakai pakaian tradisional dan warga emas menaiki beca.

Thursday, April 14, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 14/4/2011 (Khamis). Masa : 3.00 ptg.
Dijemput oleh keluarga Allahyarham Norshahid bin Nordin, Klebang Besar, untuk mengkhatamkan Al-Quran untuk beliau yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Pada masa yang sama Persatuan telah menyumbang sebanyak RM200.00 untuk balu dan anak tunggal beliau. Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah, membuat initiatif mengumpulkan derma kilat daripada hadirin.

Pengerusi menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan anak yatim.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 13/4/2011 (Rabu)
Melaka Tengah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran di rumah Allahyarham Hjh. Azizah Karim di Bemban, Jasin. Turut hadir ahli-ahli PPP Daerah Melaka Tengah dan Jasin.

Saturday, April 9, 2011

MESYUARAT AGUNG LKPIM

Tarikh : 9 April 2011 Tempat : Ayer Keroh d'Village.
Masa : 3.00 ptg.
Perwakilan : Hjh. Nazli Abbas (Setiausaha), Hjh. Asmah Ismail (Bendahari), Hjh. Patmah Datuk Tamby Chik (AJK).

Sebahagian dari hadirin.

Kenangan manis

Friday, April 8, 2011

KURSUS DATA BASE KEAHLIAN & AJK

Tarikh : 8/4/2011 (Jumaat) Masa : 10.30 pg.
Tempat : Rumah Lembaga, Taman Desa Baru.
Nama Kursus : Kursus Data Base Keahlian & AJK
Anjuran : LKPIM Perhubungan Negeri Melaka.
Penceramah : Dr.Wan Fauziah Meor Yahaya, Bendahari Kehormat LKPIM Kebangsaan merangkap Bendahari Kehormat Selangor.
Peserta : Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dari setiap cawangan LKPIM Melaka.

Dr. Wan Fauziah sedang menyampaikan ceramah.

Sebahagian peserta yang hadir.

MESYUARAT AJK PERTAMA

Tarikh : 7/4/2011 Masa : 3.00 ptg.
Tempat : Kediaman Pengerusi
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Pertama selepas Mesyuarat Agung 2011.