Tuesday, December 28, 2010

CUTI-CUTI DI LANGKAWI

LKPI Daerah Melaka Tengah membuat lawatan sambil bersantai ke Langkawi dengan menaiki bas. Bertolak jam 10.30 mlm dari Melaka, 28/12/2010, Selasa. Seramai 25 peserta mengikuti rombongan 4 hari 2 malam ke Langkawi. Selain dari membeli-belah, kami melawat Kompleks Pusara Mahsuri dan berriadah ke beberapa pulau berdekatan. Dalam perjalanan balik, singgah berbelanja di Padang Besar dan juga di Pusat Perubatan China di Prai. Tiba semula ke Melaka jam 1.00 mlm Sabtu, 1/1/2011.

Berbelanja di Syarikat pengeluaran bahan-bahan dari gamat

Ziarah Makam Legenda Mahsuri

Perusahaan kuih-kuih tradisional di Kompleks Mahsuri
'Island Hopping' - pulau ke pulau - di suatu pagiMengeratkan silaturrahim antara peserta

Thursday, December 23, 2010

MAJLIS KHATAM QURAN BERJEMAAH

Tarikh : 23/12/2010, Khamis. Masa: 3.00 ptg. Tempat : Rumah Pn. Hjh. Ramlah Abdol, Ahli Seumur Hidup & bekas AJK, Tanjong Kling, Melaka. Acara : Majlis Khatam Al-Quran Berjemaah sempena pulang ke rahmatullah Arwah suami beliau minggu lepas. Turut hadir YBhg. Ustaz Abd. Rahim Khaliq, guru agama kami.

Thursday, December 16, 2010

MAJLIS SAMBUT HARI ASYURA

Tarikh: 16 Desember 2010, Khamis. Masa : 3.00 ptg. Tempat : Kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad. Acara di bawah pimpinan YBhg. Ustaz Abd. Rahim Khaliq, guru agama LKPI - ceramah, zikir, bacaan surah Yasin & Tahlil, Solat Asar. Diakhiri dengan mengusap kepala 30 anak yatim dan memberi sumbangan. Ramai hadirin turut memberi sumbangan kepada anak-anak yatim. Selain itu anak-anak membawa pulang nasi beriani, bubur, buah-buahan, buku cerita agama, 'towel', kotak pensel dan berbagai lagi sumbangan individu. Turut hadir YBhg. Puan Sri Datuk Hjh. Zabedah, Pengerusi LKPI Negeri Melaka.

Friday, October 8, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA LKPI NEGERI MELAKA

Ahli Jawatankuasa LKPI Perhubungan Negeri Melaka menganjurkan Sambutan Hari Raya yang dihadiri oleh wakil-wakil dari 8 cawangannya. Majlis diserikan dengan tazkirah oleh YBhg. Ustaz Hj. Abdul Rahim Khaliq di mana beliau mengingatkan hadirin supaya mengamalkan amalan dan kebajikan yang telah dilakukan dalam bulan Ramadhan. Turut diraikan adalah anak-anak dari KAYFAZ (Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah). Setelah solat Asar berjemaah, hadirin dijamukan dengan hidangan-hidangan sumbangan dari setiap cawangan.

Sebahagian ahli mendengar tazkirah Ustaz

Menjamu selera

Saturday, October 2, 2010

PERSEMBAHAN HADRAH

Pagi tadi, Kumpulan Hadrah kami membuat persembahan Hadrah dijemput oleh AJK, Pn. Rabiah Ahmad sempena majlis perkahwinan anak saudara beliau. Tempat - Tanjong Kling.

Saturday, September 4, 2010

MAJLIS KHATAM PERDANA LKPI

Tarikh : 3 September 2010. Masa : 9.30 pg. Tempat : Rumah Lembaga, Taman Desa Baru. LKPI Perhubungan Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Khatam Perdana. Seramai lebih kurang 80 orang ahli mewakili cawangan-cawangan di negeri Melaka telah hadir untuk khatam beramai-ramai. Majlis di bimbing oleh YBhg. Datuk Hj. Muhammad bin Hj. Hashim, Imam Besar Masjid Al-Adzim. Turut hadir Pengerusi LKPI Negeri Melaka, YBhg. Puan Sri Datuk Hjh Zabedah binti Abdullah.

Friday, August 27, 2010

MAJLIS KHATAM TADARUS AL-QURAN


Tarikh : 27/8/2010, Jumaat. Jam : 9.00 pg. Tempat : Kediaman Pn. Hjh. Rahimah Ahmad, Pengerusi. Seramai 17 orang peserta termasuk ahli LKPI dan PPP Taman Kenanga telah mengambil bahagian. Bacaan di bawah pemerhatian Ustazah Hjh. Maziah Ali dan Pn. Hjh. Esah Puasa. Hari ini diadakan majlis Khatam Tadarus Al-Quran, juga turut hadir AJK Melaka Tengah dan Pn. Hjh. Hamimah Abd. Jalil, Setiausaha Kehormat LKPI Perhubungan Negeri Melaka.

Wednesday, August 18, 2010

BERBUKA PUASA BERSAMA

Tarikh : 17/8/2010 Selasa. Tempat : Kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad di Tengkera. Berlangsong Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Bulan Ramadhan kepada anak-yatim/miskin serta ibu tunggal. 50 kanak-kanak menerima wang raya RM50 seorang serta pakaian siap jahit sumbangan Keluarga Pn. Hjh. Patmah Datuk Tamby Chik dan beras 5 kg sumbangan orang perseorangan. 35 orang ibu tunggal menerima RM50 serta beras. Hadirin dijamu berbuka puasa sumbangan Pengerusi dan AJK. Setelah itu, diadakan solat-solat maghrib, isyak dan sunat tarawikh berjemaah, dipimpin oleh ustaz Mohd Sabri bin Hashim.

Menyampaikan sumbangan bulan Ramadhan

AJK dan tetamu berbuka puasa dan solat berjemaah

Sunday, August 8, 2010

QIAMULLAIL DI AMBANG RAMADHAN 2010

TARIKH : 7 Ogos 2010 Sabtu. TEMPAT : Masjid Selat, Melaka. Seramai 30 orrang ahli telah menyertai program ini di bawah bimbingan YBhg. Ustazah Hjh. Ramlah Rashid dari Jasin. Program bermula dengan Khatam Al-Quran selepas Solat Isyak, diikuti dengan Qiamullail pada jam 3.30 pg. hari Ahad berikutnya. Setelah solat Subuh dan tazkirah, majlis bersurai.

Thursday, June 24, 2010

LAWATAN KE LADANG HERBA NASOHA


Tarikh : 22/6/2010 Selasa. Bertolak jam 9.00 pg, menyertai seramai 40 ahli LKPI Negeri Melaka melawat sambil belajar ke Ladang Herba Nasoha di Pagoh, Johor. Rombongan diketuai oleh YBhg. Puan Sri Hjh Zabedah Abdullah, Pengerusi LKPI Negeri Melaka.

Thursday, June 3, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 3/6/2010, Khamis jam 3.00 ptg. telah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dihadiahkan kepada Allahyarham Hj.Puasa, ayah Pn. Hjh. Rasimah dan Hjh. Esah. Tempat kediaman Pn. Hjh. Esah di Taman Kenanga, Tengkera.

Saturday, May 8, 2010

JAMUAN MAKAN MALAM

Tarikh : Sabtu, 8/5/2010 Tempat : Dewan Banquet, Sri Bendahra. Anjuran : MAPIM (Persatuan Ibu Bapa) Negri Melaka. Menghantar 2 orang wakil. Tiket : RM100.00 seorang.

Thursday, April 22, 2010

TADARUS AL-QURAN

Tarikh : 22/4/2010, Khamis
Masa : Selepas solat Asar
Tempat : Masjid Selat Melaka

Monday, April 19, 2010

LAWATAN KE SUMATERA BARAT

Anjuran AJK LKPI Perhubungan Negeri Melaka, seramai 14 ahli LKPI Negeri Melaka mengikuti rombongan ke Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Diketuai oleh YBhg. Puan Sri Hjh Zabedah, Pengerusi LKPI Perhubungan Negeri Melaka. Bertolak 7.50 pg. Khamis 15/4/2010 dengan Air Asia ke Padang. Tujuan utama lawatan untuk menyerahkan sumbangan dana yang telah terkumpul daripada ahli-ahli Negeri Melaka kepada Rumah Anak Yatim di Periaman yang telah mengalami kerosakan semasa gempa bumi tahun lalu.

Friday, April 9, 2010

SEMINAR KESIHATAN

Tarikh : 9 April 2010, Jumaat. Tempat : Dataran Pahlawan Melaka. Masa : 8.00 pg - 12.00 tgh.
Hantar wakil menghadiri Seminar"Cabaran Wanita Kota Dan Kanser sempena hari Kesihatan Sedunia." anjuran kerajaan Negeri Melaka.

Friday, March 26, 2010

MESYUARAT AGUNG NEGERI MELAKA

Tarikh : 26 Mac 2010, Jumaat.
Masa : 3.00 ptg.
Tempat : Ayer Keroh d'Village Resort

Tuesday, March 23, 2010

MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN

Tarikh : 22 Mac 2010, Isnin. Masa : 3.00 ptg. Tempat : Rumah Lembaga.
Aktiviti : Musabaqah Tilawah Al-Quran antara cawangan-cawangan LKPI Negeri Melaka.
Anjuran : LKPI Perhubungan Negeri Melaka.
Wakil Melaka Tengah : Pn. Hjh. Katijah Bacik.
Keputusan :
Pertama : Wakil dari Daerah Alor Gajah
Kedua : Wakil dari Cawangan Cheng
Ketiga : Wakil dari Cawangan Merlimau

Monday, March 15, 2010

AKTIVITI-AKTIVITI YANG LALU

1) Tarikh : 26 Februari 2010, Jumaat. Masa : 3.00 ptg. - Sambutan Maulidur Rasul anjuran LKPI Negeri Melaka di Rumah Lembaga. Hantar wakil.

2) Tarikh : 26 Februari 2010, Jumaat. Masa : 8.00 mlm. - Meraikan rombongan LKPI Pahang makan malam di AKDV, Ayer Keroh. Hantar wakil.

3) Tarikh : 6 Mac 2010, Sabtu. Masa : 10.00 pg. 2 orang AJK menghadiri jemputan bacaan Yasin di kedai "Chantis M'sia Bhd" di Limbongan.

4) Tarikh : 11 Mac 2010, Khamis. Masa : 4.30 ptg. Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Melaka Tengah diadakan di rumah Pn. Hjh. Rahimah. Hanya 3 orang ahli mengambil bahagian. Hakim - Ustaz Abd. Rahim Khaliq Al-Hafiz.

5) Tarikh : 12 Mac 2010, Jumaat. Masa : 3.00 ptg. MESYUARAT AGUNG KE 21 LKPI Melaka Tengah di Malacca Straits Hotel. Dirasmikan oleh YBhg. Puan Sri Datuk Hjh. Zabedah Abdullah, Pengerusi LKPI Perhubungan Negeri Melaka.

6) Tarikh : 13 Mac 2010, Sabtu. Masa : 10.00 pg. Kumpulan Hadrah dijemput membuat persembahan sempena meraikan majlis perkahwinan di Padang Temu, atas jemputan Pn. Hjh. Noralenna Abbas, Ahli Seumur Hidup.

Sunday, February 21, 2010

KURSUS PENGURUSAN

Tarikh : 19 Februari 2010, jam 9.00 pg. bertempat di Ayer Keroh d'Village Resort.
Kursus Pengurusan Pertubuhan Yang Berkualiti anjuran LKPIM Perhubungan Negeri Melaka. Melaka Tengah diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

Thursday, February 18, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Jam 3.00 ptg. di rumah kediaman Allahyarham Pn. Hjh. Fatimah binti Hj. Ahmad, di Pengkalan Minyak, Tanjong Kling. Majlis Khatam Al-Quran Berjemaah telah diadakan untuk dihadiahkan kepada roh Allahyarham yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Beliau adalah Ahli Seumur Hidup dan pernah menjadi AJK Melaka Tengah. Bacaan doa disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Abd. Rahim Khaliq, guru agama LKPI Melaka. Semoga rohnya diberkati dan dirahmati. Amin.

Thursday, January 21, 2010

MAJLIS KESYUKURAN DAN TAHLIL

Hari Rabu, 20 Januari 2010, jam 3.00 petang. Kami dijemput mengadakan bacaan Yasin, tahlil dan Maulud di kediaman Pn.Hjh.Faridah Tamby, ahli seumur hidup, di Kampong Enam, Bacang. AJK yang hadir - Hjh Rahimah Ahamad (Pengerusi), Hjh. Hapipah Mahat (Naib Pengerusi), Hjh. Nazli Abbas (Setiausaha), Hjh. Patmah Datuk Tamby Chik, Hjh. Fatimah Abu dan Hjh. Khatijah Bachik.