Sunday, January 11, 2009

SAMBUTAN HARI ASYURA

Pada Rabu, 7hb. Januari 2009 bersamaan 10 Muharram 1430 Majlis Menyambut Hari Asyura telah diadakan dari jam 3.00 ptg. hingga selepas Asar di kediaman Pn. Hjh. Rahimah di Taman Kenanga. Seramai 30 orang anak-anak yatim diraikan. Majlis bermula dengan bacaan Yasin dan tahlil diikuti tazkirah ringkas mengenai Hari Asyura oleh YBhg. Ustaz Abdul Rahim Khaliq. Setelah solat Asar berjemaah, anak-anak yatim beratur untuk disapu kepala mereka dan menerima hadiah-hadiah daripada mereka yang hadir. Turut hadir YBhg. Puan Sri Hjh. Zabedah, Pengerusi LKPI Negeri serta AJKnya yang lain.


Posted by Picasa

Thursday, January 1, 2009

MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Majlis ini telah diadakan selepas solat Asar berjemaah di Masjid Selat Melaka. Seramai 55 orang ahli serta sahabat-sahabat ahli telah hadir menjayakan acara ini. Tujuan utama ialah bagi menyambut ketibaan tahun baru Hijriah 1430 dengan harapan tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lalu. Selain dari mengeratkan silaturahim antara ahli. Al-Quran dapat dikhatamkan sebelum solat Maghrib. Peserta dapat juga berbuka puasa beramai-ramai di perkarangan masjid. Selesai solat maghrib, diadakan bacaan Yasin sempena malam Jumaat. Setelah solat Isya' diteruskan dengan solat sunat Taubat dan Hajat. Semoga mendapat keberkatan Allah.