Monday, September 7, 2009

KHATAM PERDANA RUMAH LEMBAGA


Tarikh : 6/9/2009 (Ahad) jam 9.00 pg. berlangsung Majlis Khatam Perdana LKPI di Rumah Lembaga di Taman Desa Baru. Majlis dibimbing oleh guru agama LKPI, YBhg. Ustaz Abdul Rahim Khaliq. Melaka Tengah menghantar beberapa orang wakil.

Saturday, September 5, 2009

MAJLIS SUMBANGAN RAMADHAN 2009

Hari ini bersamaan 15 Ramadhan 2009, jam 9.00 pg. dianjurkan aktiviti tahunan Majlis Sumbangan Ramadhan kepada 100 orang anak yatim / miskin dan 40 orang ibu tunggal. Tempat : kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad.

Turut hadir Pengerusi LKPI Melaka, Puan Sri Datuk Hjh Zabedah Abdullah dan Naib Pengerusi WI Negeri Melaka, Puan Sri Hjh. Halijah Hj Aji. LKPI Melaka Tengah menyumbang kepada anak-anak duit raya RM30 dan sepasang baju raya. Manakala untuk ibu tunggal RM50 dan 10 kg. beras setiap seorang. WI Taman Kenanga menyumbang buah-buah, muffin dan tumbler air (dari Avon) untuk semua yang hadir.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dengan bimbingan Ustazah Hjh. Maziah dan diakhiri dengan doa selamat.

Sumbangan kepada ibu tunggal

Sumbangan kepada anak-anak


Menyumbang beras kepada ibu tunggal

Thursday, September 3, 2009

MAJLIS KHATAM TADARUS AL-QURAN


Hari ini bersamaan 13 Ramadhan 1430, jam 9.30 pg. berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran LKPI Melaka Tengah di kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad. Jemaah Tadarus seramai 14 orang telah hadir (1 tidak hadir - uzur). Tadarus Al-Quran diadakan selama 12 hari dibawah bimbingan Hjh. Nazli Abbas, Pn. Hjh. Aisah Puasa dan Pn. Hh. Fatimah Abu. Turut serta menyerikan majlis hari ini, rakan-rakan AJK yang lain serta ahli-ahli. Majlis berjalan lancar dan disudahi dengan meriahnya dengan sumbangan hadiah-hadiah daripada peserta-peserta Tadarus kepada rakan-rakan peserta juga hadirin. Alhamdulillah.
Senarai Peserta Tadarus Tahun ini :
1) Hjh. Nazli Abbas - Setiausaha
2) Hjh. Aishah Puasa
3) Hjh. Fatimah Abu
4) Hjh. Rahimah Ahmad
5) Hjh. Hapipah Mahat
6) Hjh. Ramlah Dahili
7) Hjh. Jaithoon Abdul Rahman
8) Hjh. Siti Khadijah Abd.Latiph
9) Hjh. Rabiah Lambam
10) Datin Hjh. Nik Latifah
11) Hjh. Salmah Ahmad
12) Hjh. Besah Katon
13) Pn. Zulaika
14) Hjh. Ramlah Ismail
Pemerhati : Pn. Balqis

Tuesday, September 1, 2009

BERBUKA PUASA DI RUMAH SERI KENANGAN CHENG

Hari ini, 11 Ramadhan 1430, AJK berbuka puasa bersama penghuni-penghuni Rumah Seri Kenangan (Rumah Orang Tua-tua) Cheng, Melaka. Sempena Ramadhan, juga diserahkan sedikit duit saku kepada 126 penghuni Islam di sana. AJK menyediakan makanan (cara pot luck) seperti nasi tomato, ayam masak merah, dalca, paceri nenas serta pelbagai jenis kuih dan buah-buahan. Kami juga solat berjemaah Maghrib, Isyak dan sunat Tarawikh bersama warga rumah tersebut di surau. AJK yang dapat hadir (9) : Hjh. Nazli (Setiausaha), Hjh. Asmah (Bendahari), Hjh. Wan Jamilah, Hjh. Patmah, Hjh. Fatimah, Hjh. Ramlah Dahili, Hjh. Khatijah, Pn. Zainon Datuk Nasir dan Pn. Rabiah serta 4 orang ahli seumur hidup.

Menunggu azan Maghrib


Menyampaikan sumbangan-sumbangan selepas berbuka

Solat Berjemaah di surau Rumah Seri Kenangan - Maghrib, Isyak & Tarawikh