Tuesday, September 1, 2009

BERBUKA PUASA DI RUMAH SERI KENANGAN CHENG

Hari ini, 11 Ramadhan 1430, AJK berbuka puasa bersama penghuni-penghuni Rumah Seri Kenangan (Rumah Orang Tua-tua) Cheng, Melaka. Sempena Ramadhan, juga diserahkan sedikit duit saku kepada 126 penghuni Islam di sana. AJK menyediakan makanan (cara pot luck) seperti nasi tomato, ayam masak merah, dalca, paceri nenas serta pelbagai jenis kuih dan buah-buahan. Kami juga solat berjemaah Maghrib, Isyak dan sunat Tarawikh bersama warga rumah tersebut di surau. AJK yang dapat hadir (9) : Hjh. Nazli (Setiausaha), Hjh. Asmah (Bendahari), Hjh. Wan Jamilah, Hjh. Patmah, Hjh. Fatimah, Hjh. Ramlah Dahili, Hjh. Khatijah, Pn. Zainon Datuk Nasir dan Pn. Rabiah serta 4 orang ahli seumur hidup.

Menunggu azan Maghrib


Menyampaikan sumbangan-sumbangan selepas berbuka

Solat Berjemaah di surau Rumah Seri Kenangan - Maghrib, Isyak & Tarawikh

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum.. saya syafiqah dari Kolej Profesional Mara Ayer Molek.. ingin bertanya tentang tentatif cik/puan/tuan semasa berada di RSKC ni.. banya yang saya nak tanya.. kalau sudi untuk berkongsi, sini saya bagi no sy 0136749690 (whatsup).. kalau sudi, bagi la respon kepada saya untuk saya bertanya lebih lanjut.. atau email saya .. ns.pyqa@gmail.com maaf mengganggu segala respon dari cik/puan/tuan amat saya hargai..