Thursday, December 31, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PENGANTIN

Meraikan Majlis Pekahwinan anak perempuan YBhg. Datin Hjh. Hasiah Harun, Pengerusi WI Daerah Melaka Tengah. Tempat : Kediaman Jalan Tanjong, Bukit Baru, Melaka. Acara : Khatam Al-Quran pengantin, Yasin, Maulud, Hadrah.

Pengantin, Nor Haslin binti Datuk Mohd Ali (kiri sekali) diteman oleh bonda, YBhg. Datin Hasiah dan YBhg. Datin Seri Hjh. Asmah, isteri YAB Ketua Menteri Melaka.

Antara rakan yang hadir . . . . .

Bagai pinang dibelah dua Nor Haslin dan Mohd Irwan di resepsi yang diadakan pada

Jumaat 1 Januari 2010 di Mini Stadium Dewan Bistari, Melaka.

Sunday, December 27, 2009

SAMBUTAN HARI ASYURA

Masa : 2.30 ptg. Tempat : Kediaman Pn. Hjh. Hapipah Mahat, Naib Pengerusi LKPI Daerah Melaka Tengah
YBhg. Ustaz Hj. Abd.Rahim sedang memberi tazkirah mengenai Hari Asyura di hadapan lebih kurang 50 orang hadirin.

Mana rambut anak yatim nak diusap ni? Naib Pengerusi bertanya.


Akhirnya anak yatim gembira menerima sumbangan dan hadiah-hadiah daripada penderma-penderma budiman pada Hari Asyura.

Monday, October 19, 2009

RUMAH TERBUKA SYAWAL


Hari ini hari terakhir bulan Syawal, bulan Hari Raya. Kumpulan Hadrah telah menziarahi rumah-rumah berikut dan telah mendapat sambutan yang sangat memuaskan. Terima kasih kepada semua yang telah sudi menjemput kami, menyediakan juadah yang pelbagai jenis dan memberi sumbangan untuk Tabung Kebajikan Hadrah. Rumah-rumah yang telah dilawati :

5/10 - Isnin - Hjh. Hapipah, Hjh. Salha & Hjh. Zaiton Dagang.

6/10 - Selasa - Hjh. Patmah Datuk Tamby Chik & Puan Sri Hjh. Halijah

7/10 - Rabu - Hjh. Zauyah & Hjh. Wan Jamilah

8/10 - Khamis - Hjh. Fatimah Abu & Pn. Mariam Ali

9/10 - Jumaat - Hjh. Kalsom

12/10- Isnin - Hjh. Zaleha & Hjh. Zainoon Masil & Hjh. Rokiah Awab

13/10 - Selasa - Hjh. Asmah & Hjh. Hamimah

17/10 - Sabtu - Majlis Perkahwinan Rumah Hjh. Hapipah & Salmah

18/10 - Ahad - Hjh. Rahimah

Monday, October 5, 2009

HADRAH HARI RAYA 2009

Hari ini bermula 'marhaban' rumah ke rumah untuk meraikan Hari Raya setelah ramai ahli selesai berpuasa sunat Syawal. Tujuan utama untuk mengeratkan silaturahim dan berRaya secara rumah terbuka. Majlis diserikan dengan persembahan Hadrah. Rumah-rumah yang diziarahi adalah rumah Hjh. Hapipah Mahat, Hjh. Salha Yaacob dan Hjh. Zaiton Dagang, kesemuanya sekitar kawasan Bukit Baru dan Bukit Piatu.


Persembahan Hadrah di kediaman Pn. Hjh. Hapipah


Pn. Hjh. Salha (paling kanan) menyambut tetamu

Di kediaman Pn. Hjh. Zaiton Dagang (baju merah, kanan)

Monday, September 7, 2009

KHATAM PERDANA RUMAH LEMBAGA


Tarikh : 6/9/2009 (Ahad) jam 9.00 pg. berlangsung Majlis Khatam Perdana LKPI di Rumah Lembaga di Taman Desa Baru. Majlis dibimbing oleh guru agama LKPI, YBhg. Ustaz Abdul Rahim Khaliq. Melaka Tengah menghantar beberapa orang wakil.

Saturday, September 5, 2009

MAJLIS SUMBANGAN RAMADHAN 2009

Hari ini bersamaan 15 Ramadhan 2009, jam 9.00 pg. dianjurkan aktiviti tahunan Majlis Sumbangan Ramadhan kepada 100 orang anak yatim / miskin dan 40 orang ibu tunggal. Tempat : kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad.

Turut hadir Pengerusi LKPI Melaka, Puan Sri Datuk Hjh Zabedah Abdullah dan Naib Pengerusi WI Negeri Melaka, Puan Sri Hjh. Halijah Hj Aji. LKPI Melaka Tengah menyumbang kepada anak-anak duit raya RM30 dan sepasang baju raya. Manakala untuk ibu tunggal RM50 dan 10 kg. beras setiap seorang. WI Taman Kenanga menyumbang buah-buah, muffin dan tumbler air (dari Avon) untuk semua yang hadir.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dengan bimbingan Ustazah Hjh. Maziah dan diakhiri dengan doa selamat.

Sumbangan kepada ibu tunggal

Sumbangan kepada anak-anak


Menyumbang beras kepada ibu tunggal

Thursday, September 3, 2009

MAJLIS KHATAM TADARUS AL-QURAN


Hari ini bersamaan 13 Ramadhan 1430, jam 9.30 pg. berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran LKPI Melaka Tengah di kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad. Jemaah Tadarus seramai 14 orang telah hadir (1 tidak hadir - uzur). Tadarus Al-Quran diadakan selama 12 hari dibawah bimbingan Hjh. Nazli Abbas, Pn. Hjh. Aisah Puasa dan Pn. Hh. Fatimah Abu. Turut serta menyerikan majlis hari ini, rakan-rakan AJK yang lain serta ahli-ahli. Majlis berjalan lancar dan disudahi dengan meriahnya dengan sumbangan hadiah-hadiah daripada peserta-peserta Tadarus kepada rakan-rakan peserta juga hadirin. Alhamdulillah.
Senarai Peserta Tadarus Tahun ini :
1) Hjh. Nazli Abbas - Setiausaha
2) Hjh. Aishah Puasa
3) Hjh. Fatimah Abu
4) Hjh. Rahimah Ahmad
5) Hjh. Hapipah Mahat
6) Hjh. Ramlah Dahili
7) Hjh. Jaithoon Abdul Rahman
8) Hjh. Siti Khadijah Abd.Latiph
9) Hjh. Rabiah Lambam
10) Datin Hjh. Nik Latifah
11) Hjh. Salmah Ahmad
12) Hjh. Besah Katon
13) Pn. Zulaika
14) Hjh. Ramlah Ismail
Pemerhati : Pn. Balqis

Tuesday, September 1, 2009

BERBUKA PUASA DI RUMAH SERI KENANGAN CHENG

Hari ini, 11 Ramadhan 1430, AJK berbuka puasa bersama penghuni-penghuni Rumah Seri Kenangan (Rumah Orang Tua-tua) Cheng, Melaka. Sempena Ramadhan, juga diserahkan sedikit duit saku kepada 126 penghuni Islam di sana. AJK menyediakan makanan (cara pot luck) seperti nasi tomato, ayam masak merah, dalca, paceri nenas serta pelbagai jenis kuih dan buah-buahan. Kami juga solat berjemaah Maghrib, Isyak dan sunat Tarawikh bersama warga rumah tersebut di surau. AJK yang dapat hadir (9) : Hjh. Nazli (Setiausaha), Hjh. Asmah (Bendahari), Hjh. Wan Jamilah, Hjh. Patmah, Hjh. Fatimah, Hjh. Ramlah Dahili, Hjh. Khatijah, Pn. Zainon Datuk Nasir dan Pn. Rabiah serta 4 orang ahli seumur hidup.

Menunggu azan Maghrib


Menyampaikan sumbangan-sumbangan selepas berbuka

Solat Berjemaah di surau Rumah Seri Kenangan - Maghrib, Isyak & Tarawikh

Sunday, August 2, 2009

MAJLIS QIAMULLAIL


Tarikh : 31/7/2009 Jumaat, malam Sabtu, bertempat di Masjid Selat Melaka telah diadakan program bertujuan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Program diisi dengan Solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjemaah dengan pimpinan Imam Masjid, Kuliah Maghrib oleh Imam, Tadarus Al-Quran oleh peserta-peserta dan kemuncaknya solat-solat Qiamullail. Seramai 40 ahli telah hadir, tidur dalam ruang dewan masjid. Kuliah Maghrib bertajuk "Selamat Datang Ramadhan". Selepas Solat Subuh, Hjh. Nazli telah memimpin peserta dalam senaman ringan Taichi.

Peserta-peserta berpasangan bertadarus Al-Quran dengan penuh tumpuan

Qiamullail dan berdoa . . . .


Diakhiri dengan senaman ringan Taichi dan urut-urut belakang rakan mengukuhkan lagi silaturahim!

Friday, June 26, 2009

PROGRAM SESAMA SAYANG

Program anjuran LKPI Negeri Melaka dengan kerjasama LKPI Daerah Melaka Tengah telah diadakan dengan jayanya jam 3.00 ptg. di Auditorium Hospital, Tingkat 4, Blok B. Beberapa persembahan telah dipertunjukkan seperti nyanyian berama-ramai dengan pesakit-pesakit, teka-teki, bercerita, persembahan Kumpulan Hadrah LKPI Melaka Tengah, Tarian Pocopoco oleh Kumpulan Riadah Taman Peringgit Jaya, Tarian Zapin oleh Kumpulan Tai-Chi Bukit Baru dan joget lambak. Juga terdapat pantomin lawak yang dijayakan oleh Pn. Kasinah Salleh dan anak-anak dari LKPI Ayer Keroh. Pada akhir program, Pn. Hjh Hamimah, Setiausaha Kehormat LKPI Negeri telah menyerahkan sumbangan-sumbangan kepada pesakit-pesakit bagi pihak LKPI. Program telah dikendalikan oleh Hjh. Nazli Abbas. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Sesama Sayang ini, semoga usaha untuk menghiburkan orang lain ini dengan ikhlas, mendapat ganjaran daripada Allah.

Pesakit-pesakit membuat senaman ringan di awal Program.

Alah Kak N, buat apa tu?

Orang kita yang hadir.

Gembira nampak!

Sunday, May 31, 2009

MAJLIS CERAMAH PERDANA 2009

Kompleks Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.

Jam 3.00 ptg. bertempat di Auditorium Besar, Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka berlangsungnya Majlis Ceramah Perdana Tahun 2009 anjuran LKPI Melaka Tengah sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Penceramah jemputan YBhg. Ustaz Wan Shohor Bani Leman dari UIA, Kuala Lumpur.

YBhg. Ustaz Wan Shohor Bani Leman, pensyarah dari UIA


Hadirin khusyuk mendengar penyampain Ustaz.

Saturday, May 30, 2009

HADRAH LAGI


Malam ini Kumpulan Hadrah dijemput ke rumah Pn. Kasinah di Taman Tasik, Ayer Keroh memeriahkan majlis pernikahan 3 orang puteri beliau.

Tiga pengantin anggun Pn Hjh Kasinah dengan sanggul lintang.

Saturday, May 23, 2009

LAWATAN LKPI PORT DICKSON

Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah

Pagi ini Kumpulan Hadrah mempersembahkan beberapa lagu bagi menyambut lawatan LKPI Port Dickson ke Melaka. Majlis berlangsung di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah. Kami dibantu dalam persembahan oleh 5 orang anak-anak warga KAYFAZ yang berbakat memukul gendang.

Anak-anak KAYFAZ membantu dalam persembahan


Tetamu-tetamu dari LKPI Port Dickson

Sunday, April 19, 2009

Ziarah Ahli Sakit

Hari ini, Setiausaha menguruskan satu rombongan bas terdiri dari ahli-ahli dan rakan ke Universiti Hospital Kuala Lumpur untuk menziarahi Pn. Hjh. Badariah Md. Salleh, seorang Ahli Seumur Hidup, yang sedang sakit. Turut serta Pn. Hjh. Khadijah Mustapha, Naib Pengerusi LKPI Melaka dan Pn. Hjh. Rasimah Puasa, AJK LKPI Negeri Melaka.

Sunday, April 12, 2009

Mesyuarat Agung Perwakilan LKPI

Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-21 LKPI Negeri Melaka diadakan pada Sabtu, 11/4/2009 jam 3.00 ptg. bertempat di Ayer Keroh D'Village Resort. Melaka Tengah menghantar 3 orang perwakilan iaitu Hjh. Nazli, Hjh. Asmah dan Hjh. Wan Jamilah serta 26 orang Pemerhati.

Friday, April 3, 2009

HAFAZAN SURAH YASIN

Berlangsung Majlis Musabaqah Hafazan Surah Yasin Peringkat LKPI Negeri Melaka di Rumah Lembaga bermula jam 9.30 pg. Seramai 8 orang peserta mengambil bahagian, mewakili daerah / cawangan masing-masing. Hakim terdiri daripada YBhg. Ust. Hasbullah dan YBhg. Ustaz Ramli dari Masjid Al-Adzim. Hjh Nazli Abbas mewakili Daerah Melaka Tengah, tetapi tidak berjaya mendapat tempat.

Peserta wakil dari Cheng menjadi Johan Hafazan


Hakim-hakim yang arif

Thursday, March 26, 2009

Mesyuarat AJK Kali Pertama Sesi 2009-2011

Tarikh : 25 Mac 2009, Rabu Jam : 3.00 ptg.
Tempat : Rumah Pengerusi

Mesyuarat AJK sebaik sahaja Mesyuarat Agung Ke-20 diadakan. Seramai 14 orang AJK dari senarai lama dilantik semula. 2 orang digugurkan kerana tidak hadir Mesyuarat Agung.

Thursday, March 12, 2009

Mengimarahkan Masjid

Hari ini 12/3/2009, Khamis, diadakan aktiviti mengimarahkan Masjid Selat di Pulau Melaka. Masjid ini terpencil dari kesibukan bandaraya dan tidak ramai mendapat pengunjung. Oleh itu salah satu rancangan LKPI Melaka Tengah ialah mengadakan aktiviti dua bulan sekali bagi mengimarahkan Masjid tersebut. Usaha ini mendapat pujian dan penghargaan dari pihak Masjid. Bermula selepas solat Asar, diadakan aktiviti membaca Al-Quran berjemaah sehingga khatam. Oleh sebab-sebab beberapa faktor, tidak ramai ahli dapat hadir. Walaubagaimanapun, 8 AJK dan 8 ahli berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum waktu solat Maghrib. Bila azan Maghrib berkumandang, jemaah berbuka puasa, ramai berpuasa sunat hari Khamis hari ini. Setelah solat, imam Masjid memimpin dalam bacaan Yasin dan tahlil. Majlis bersurai setelah solat Isyak. Ini adalah kali ke-3 aktiviti seperti ini diadakan di Masjid Selat.

Sunday, March 8, 2009

MESYURAT AGUNG KALI KE-20

Tarikh : 8/2/2009 Ahad mula jam 3.00 ptg. Bertempat di Melaka Straits Hotel, Jalan Chan Koon Cheng, Melaka. Perasmi : YBhg. Tan Sri Hj. Abd. Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA merangkap Pengerusi GABEM. Turut serta Pengerusi LKPI Perhubungan Negeri Melaka, YBhg. Puan Sri Hjh. Zabedah Abdullah dan AJK Negeri.

Sebelum Mesyuarat bermula

Majlis Perasmian bermula


Meraikan Hari Wanita Sedunia hari ini

Menerima Lencana Ahli Seumur Hidup & Hadiah Pertandingan

Thursday, March 5, 2009

Pertandingan Hafazan Surah Yasin

Khamis, 5/3/2009 jam 4.00 ptg. berlangsung Acara Pertandingan Hafazan Surah Yasin Ayat 1-44 di kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad. Seramai 6 peserta mengambil bahagian dan dihakimi oleh YBhg. Ustaz Hj. Abdul Rahim Khaliq al-Hafiz. Johan Pertandingan akan mewakili Melaka Tengah ke Pertandingan Peringkat Negeri LKPI Melaka. Berikut keputusan pertandingan :

Johan : Pn. Hjh. Nazli Abbas - Bukit China
Naib Johan : Pn. Hjh. Khatijah Bachik - Tanjong Kling
Ketiga : Pn. Hjh. Laila Ahmad - Limbongan
Saguhati : Pn. Hjh. Salmah Ahmad - Tmn. Kota Laksamana
Pn. Eli Razali - Tmn. Rambai Jaya
Pn. Hjh. Fatimah Komeng - Ujong Pasir
Peserta-peserta sedang tekun menyampaikan hafazan dan ada juga yang sedang mengingat kembali sebelum masanya.

Hakim menjalankan tugas dan kelihatan sebahagian daripada hadirin.