Thursday, March 12, 2009

Mengimarahkan Masjid

Hari ini 12/3/2009, Khamis, diadakan aktiviti mengimarahkan Masjid Selat di Pulau Melaka. Masjid ini terpencil dari kesibukan bandaraya dan tidak ramai mendapat pengunjung. Oleh itu salah satu rancangan LKPI Melaka Tengah ialah mengadakan aktiviti dua bulan sekali bagi mengimarahkan Masjid tersebut. Usaha ini mendapat pujian dan penghargaan dari pihak Masjid. Bermula selepas solat Asar, diadakan aktiviti membaca Al-Quran berjemaah sehingga khatam. Oleh sebab-sebab beberapa faktor, tidak ramai ahli dapat hadir. Walaubagaimanapun, 8 AJK dan 8 ahli berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum waktu solat Maghrib. Bila azan Maghrib berkumandang, jemaah berbuka puasa, ramai berpuasa sunat hari Khamis hari ini. Setelah solat, imam Masjid memimpin dalam bacaan Yasin dan tahlil. Majlis bersurai setelah solat Isyak. Ini adalah kali ke-3 aktiviti seperti ini diadakan di Masjid Selat.

No comments: