Friday, August 27, 2010

MAJLIS KHATAM TADARUS AL-QURAN


Tarikh : 27/8/2010, Jumaat. Jam : 9.00 pg. Tempat : Kediaman Pn. Hjh. Rahimah Ahmad, Pengerusi. Seramai 17 orang peserta termasuk ahli LKPI dan PPP Taman Kenanga telah mengambil bahagian. Bacaan di bawah pemerhatian Ustazah Hjh. Maziah Ali dan Pn. Hjh. Esah Puasa. Hari ini diadakan majlis Khatam Tadarus Al-Quran, juga turut hadir AJK Melaka Tengah dan Pn. Hjh. Hamimah Abd. Jalil, Setiausaha Kehormat LKPI Perhubungan Negeri Melaka.

Wednesday, August 18, 2010

BERBUKA PUASA BERSAMA

Tarikh : 17/8/2010 Selasa. Tempat : Kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad di Tengkera. Berlangsong Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Bulan Ramadhan kepada anak-yatim/miskin serta ibu tunggal. 50 kanak-kanak menerima wang raya RM50 seorang serta pakaian siap jahit sumbangan Keluarga Pn. Hjh. Patmah Datuk Tamby Chik dan beras 5 kg sumbangan orang perseorangan. 35 orang ibu tunggal menerima RM50 serta beras. Hadirin dijamu berbuka puasa sumbangan Pengerusi dan AJK. Setelah itu, diadakan solat-solat maghrib, isyak dan sunat tarawikh berjemaah, dipimpin oleh ustaz Mohd Sabri bin Hashim.

Menyampaikan sumbangan bulan Ramadhan

AJK dan tetamu berbuka puasa dan solat berjemaah

Sunday, August 8, 2010

QIAMULLAIL DI AMBANG RAMADHAN 2010

TARIKH : 7 Ogos 2010 Sabtu. TEMPAT : Masjid Selat, Melaka. Seramai 30 orrang ahli telah menyertai program ini di bawah bimbingan YBhg. Ustazah Hjh. Ramlah Rashid dari Jasin. Program bermula dengan Khatam Al-Quran selepas Solat Isyak, diikuti dengan Qiamullail pada jam 3.30 pg. hari Ahad berikutnya. Setelah solat Subuh dan tazkirah, majlis bersurai.