

Peserta dari Melaka Tengah bergambar dengan Pn. Hjh. Hamimah Abd. Jalil, Setiausaha Kehormat LKPI Perhubungan Negeri Melaka.
Aktiviti-aktiviti LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM. Daerah Melaka Tengah sepanjang tahun. Disediakan oleh Setiausaha, Hjh. Nazli Abbas, untuk makluman ahli-ahli LKPI di mana sahaja berada.


Peserta dari Melaka Tengah bergambar dengan Pn. Hjh. Hamimah Abd. Jalil, Setiausaha Kehormat LKPI Perhubungan Negeri Melaka.



Sebahagian peserta majlis khatam.

Pembimbing-pembimbing tadarus.

12 peserta Tadarus bergambar di hadapan kediaman Pengerusi setelah tamat majlis khatam Tadarus Al-Quran.
Hari ini AJK telah melawat Rumah Seri Kenangan Cheng untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada 127 warga tua beragama Islam. Turut serta menyampaikan sumbangan kain dan duit raya Pn. Hjh. Patmah Datuk Tamby Chik dan bonda.
YBhg. Datin Hjh. Aishah, mewakili keluarga Allahyarham Datuk Hj. Tamby Chik menyampaikan sumbangan.
Pn. Hjh. Rahimah menyampaikan sumbangan bagi pihak LKPI Melaka Tengah.

AJK bergambar dengan wakil pengurus Rumah Seri Kenangan Cheng
Persatuan telah menganjurkan Hari Sumbangan Derma bulan Ramadhan pada hari ini, bermula jam 9.00 pagi, bertempat di rumah Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad. AJK telah mengumpulkan seramai 92 orang anak yatim / miskin dan 47 orang ibu tunggal untuk menerima sumbangan pada kali ini. Majlis juga diserikan dengan kehadiran YBhg. Puan Seri Datuk Hjh. Zabedah (Pengerusi LKPI Negeri), YBhg. Datin Hjh. Hasiah (Pengerusi WI Daerah Melaka Tengah) dan Pn. Hjh. Hamimah Abd. Jalil (Setiausaha Kehormat LKPI Negeri), Juga turut hadir YBhg. Ustaz Imam Hj. Mohammad Sharif dan isteri dari Makkah.
bacaan beberapa ayat Al-Quran oleh Imam Mohammad. Diikuti dengan penyampaian sumbangan. Kanak-kanak menerima sepasang kain baju raya sumbangan Pn. Hjh. Patmah & keluarga, RM30 dari Tabung Persatuan, ayam goreng kentucky, buah dan air minum sumbangan orang-orang perseorangan. Ibu tunggal menerima baju dari Pn. Hjh. Patmah, beras fidyah sumbangan penderma-penderma dan RM 50.
AJK LKPI Melaka Tengah bergambar kenang-kenangan bersama tetamu.
Diucapkan ribuan terima kasih khasnya kepada AJK LKPI Melaka Tengah, AJK WI Taman Kenanga dan mereka yang telah menyumbang menjayakan majlis yang mulia ini.
Imam Mohammad turut membantu mengedarkan sumbangan.
Isteri Imam juga membantu.
AJK telah berbuka puasa di Rumah Anak Yatim PAYASUM, Sungai Udang. Seramai 47 anak-anak perempuan dan 35 anak-anak lelaki serta Ahli Lembaga PAYASUM telah dijamu oleh masakan yang disediakan oleh AJK sendiri - Nasi tomato/putih, kurma daging, ayam goreng, rojak, 4 jenis kueh, buah-buahan serta buah-buahan.
Pada majlis itu juga diserahkan sumbangan RM500 dari Persatuan. Setelah berbuka dan makan, solat Maghrib berjemaah di adakan, diikuti dengan bacaan tahlil, Solat Isyak serta Tarawih. Semua ahli rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak PAYASUM kerana membenarkan majlis ini diadakan bersama anak-anak yatim di bulan yang mulia ini. Ini adalah rumah anak yatim ke-3 yang telah diadakan majlis seperti ini. Tahun pertama di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zahara, Bukit Katil. Tahun sudah di rumah anak yatim Sultan Abdul Aziz, Pantai Puteri, Tanjung Kling. Diharap projek ini akan berterusan.

AJK bergambar kenangan-kenangan bersama pihak pengurusan PAYASUM setelah menyerahkan sumbangan.