LKPI Daerah Melaka Tengah membuat lawatan sambil bersantai ke Langkawi dengan menaiki bas. Bertolak jam 10.30 mlm dari Melaka, 28/12/2010, Selasa. Seramai 25 peserta mengikuti rombongan 4 hari 2 malam ke Langkawi. Selain dari membeli-belah, kami melawat Kompleks Pusara Mahsuri dan berriadah ke beberapa pulau berdekatan. Dalam perjalanan balik, singgah berbelanja di Padang Besar dan juga di Pusat Perubatan China di Prai. Tiba semula ke Melaka jam 1.00 mlm Sabtu, 1/1/2011.
Tuesday, December 28, 2010
Thursday, December 23, 2010
MAJLIS KHATAM QURAN BERJEMAAH
Thursday, December 16, 2010
MAJLIS SAMBUT HARI ASYURA
Tarikh: 16 Desember 2010, Khamis. Masa : 3.00 ptg. Tempat : Kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad. Acara di bawah pimpinan YBhg. Ustaz Abd. Rahim Khaliq, guru agama LKPI - ceramah, zikir, bacaan surah Yasin & Tahlil, Solat Asar. Diakhiri dengan mengusap kepala 30 anak yatim dan memberi sumbangan. Ramai hadirin turut memberi sumbangan kepada anak-anak yatim. Selain itu anak-anak membawa pulang nasi beriani, bubur, buah-buahan, buku cerita agama, 'towel', kotak pensel dan berbagai lagi sumbangan individu. Turut hadir YBhg. Puan Sri Datuk Hjh. Zabedah, Pengerusi LKPI Negeri Melaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)