Monday, October 20, 2008

RUMAH TERBUKA


LKPI Negeri Melaka mengadakan Majlis Hari Raya di Rumah LKPI, Taman Desa Baru, hari ini bermula jam 3.00 ptg. Semua cawangan telah menghantar wakil menjadikan perjumpaan kali ini meriah dan berwarna-warni. YBhg. Imam Besar Masjid Al-Azim, sebagai guru agama LKPI, telah sudi hadir memberi tazkirah pendek serta memulakan sesi pembelajaran kelas agama di rumah ini setelah cuti bulan Ramadhan dan Hari Raya. Setelah itu, cawangan Cheng telah menyampaikan nasyid. Diikuti dengan persembahan beberapa lagu oleh Kumpulan Hadrah LKPI Melaka Tengah. Majlis diakhir dengan jamuan Hari Raya seperti biasa.

Saturday, October 18, 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Jam : 10.00 pg. Kumpulan Hadrah dijemput meraikan majlis khatam Al-Quran anak perempuan YBhg. Datin Hjh. Hasiah Hassan, yang akan bernikah pada malam nanti. Setelah tamat acara tersebut, kami mempersembahkan beberapa lagu dan nasyid bagi memeriahkan lagi majlis itu.

Friday, October 17, 2008

HADRAH - 5


Ziarah Kumpulan Hadrah hari ini hanya ke rumah Pn. Hjh. Fatimah Abu di Pengkalan Rama. Setiausaha & Pn. Hjh. Fatimah berkongsi 'rumah terbuka'. Selain menyanyikan lagu-lagu raya, kami juga ambil peluang berlatih untuk persembahan esok di majlis khatam Al-Quran bakal pengantin.

SYAWAL - HADRAH 3 & 4

KHAMIS - 16/10/08

Hari ini menziarahi rumah 1) Pn. Hjh. Zainoon Masil di Permatang Duyong, 2) Pn. Hjh. Masmah Akhsan di Kandang dan 3) Ustazah Hjh. Maziah Ali di Pernu.

RABU - 15/10/08

2 buah rumah diziarahi hari ini - 1) YBhg. Puan Seri Datuk Hjh. Zabedah, Pengerusi LKPI Negeri Melaka - baca Yasin dan persembahan Hadrah 2) Pn. Hjh. Norijah di Jalan Paya Ikan.

Tuesday, October 14, 2008

SYAWAL - HADRAH 2

Hari ini Kumpulan Hadrah menziarahi 3 buah rumah lagi. 1) Pn. Hjh. Hamimah Abd. Jalil, Setiausaha Kehormat LKPI Melaka di Taman Bahagia. 2) Pn. Hjh. Hapipah Hj. Mahat, Naib Pengerusi LKPI Melaka Tengah di Bukit Baru dan 3) Pn. Hjh. Salha Yacoob di Bukit Baru. Kami sangat berpuashati atas sambutan yang diberi.

Monday, October 13, 2008

SYAWAL - HADRAH

Hari ini 13 Syawal 1429 bermula program 'Hadrah Raya' bagi tahun ini bertujuan mengeratkan silatulrahim antara ahli dan mengisi tabung Kumpulan Hadrah. 3 buah rumah telah diziarahi 1) Pn. Zainon Datuk Nasir - AJK, 2) YBhg. Datin Fatimah dan 3) Pn. Hjh. Zauriah di Bukit Baru.


Saturday, October 11, 2008

Ziarah



Hari ini Setiausaha telah menziarahi AJK, Pn. Hjh. Khatijah Bachik, yang menjalani pembedahan di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur. Didoakan semoga beliau cepat sembuh.