Monday, November 10, 2008

MESYUARAT JAWATANKUASA

Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-6 diadakan hari ini jam 3.00 ptg. di kediaman Pengerusi, Pn. Hjh. Rahimah Ahmad.

Saturday, November 8, 2008

ZIARAH RAKAN


Dengar khabar, Jah (a.k.a Hjh. Khadijah Bacik) akan berada di rumahnya di Tanjong Kling hari ini. Hjh. Khatijah seorang AJK yang bertanggung-jawab dan beberapa kali menaikkan nama Melaka Tengah kerana sering menang dalam peringkat tilawah Al-Quran LKPI Negeri Melaka. Selama ini Jah sedang berubat di Kuala Lumpur. Oleh itu, AJK pun mengambil kesempatan untuk menziarahi Jah di rumahnya.

Seramai 6 orang AJK yang dapat hadir. Walaupun kelihatan ceria, Allah sahaja yang mengetahui penderitaan yang dilaluinya. Didoakan Jah cepat sembuh.

AJK yang hadir.

Jah dan rakan-rakan yang datang menziarah petang itu.

Thursday, October 30, 2008

MAJLIS KESYUKURAN & HAJAT


Tempat : Masjid Selat Melaka. Masa : Hari ini, Khamis malam Jumaat.

Satu Majlis Kesyukuran telah diadakan sempena berakhirnya bulan-bulan Al-Mubarak Ramadhan dan Syawal dengan selamat. Dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah. Diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran - dapat khatamkan 2 set Al-Quran. Diteruskan dengan solat Isya', solat sunat Taubat dan Hajat. Semua acara dipimpin oleh YBhg. Tuan Imam Masjid Selat. Seramai lebih kurang 50 orang tetamu hadir, termasuk jemputan VIP YABhg. Datin Sri Hjh. Asmah, isteri YAB Ketua Menteri dan YBhg. Puan Sri Hjh. Zabedah, Pengerusi LKPI Melaka. Majlis berakhir dengan jamuan istemewa nasi beryani sumbangan Pn. Hjh. Rahimah, Pengerusi LKPI Melaka Tengah dan Pn. Hjh. Asmah, Bendahari.

Sedang membaca Al-Quran

Beramai-ramai mengkhatamkan Al-Quran

YBhg. Tuan Imam Masjid Selat memimpin bacaan doa

Tetamu VIP menjamu selera

Suasana ceria di ruang makan nasi sedulang

Wednesday, October 29, 2008

HADRAH SYAWAL TERAKHIR


Persembahan Hadrah Syawal terakhir tahun ini di kediaman AJK Pn. Mariam Ali di Bacang. Majlis yang bermula jam 2.30 ptg. dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan doa selamat. Setelah itu, kami mempersembahkan beberapa lagu nasyid dan lagu Hari Raya. Terima kasih kepada semua AJK dan ahli kerana sudi menjemput kami ke rumah masing-masing bagi memeriahkan lagi suasana bulan Syawal. Sumbangan anda sangatlah dihargai dan semoga diberkati Allah. Amin.

Sunday, October 26, 2008

KHATAM AL-QURAN

Pagi ini jam 10.00 pg. berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran 2 orang cucunda Pn. Hjh. Wan Jamilah Abd. Latiph di Ayer Keroh Heights.
Kad jemputan ke Majlis Khatam Al-Quran

Marissa dan 'Aisyah di atas pelamin

Selepas doa khatam, diteruskan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil untuk arwah suami Hjh. Khadijah Abd. Latiph yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Semoga diberkati rohnya.

Saturday, October 25, 2008

HI-TEA SELANDAR


Hjh. Nazli, Hjh. Asmah dan Hjh. Ramlah Dahili, mewakili AJK Melaka Tengah, telah pergi ke Majlis Hi-Tea anjuran LKPI cawangan Selandar di Dewan Hang Kasturi, Selandar pada jam 2.30 ptg. Majlis tersebut diadakan sebagai mengutip dana untuk membina sebuah rumah LKPI cawangan Selandar. Semoga usaha mereka berjaya.

Tuesday, October 21, 2008

SYAWAL - HADRAH


Kumpulan Hadrah menziarahi rumah-rumah 1) YBhg. Puan Sri Datin Hjh. Halijah di Klebang Besar, 2) YBhg. Datuk Hj. Majid & Datin Hjh. Fatimah di Taman Sayang Selasih dan 3) Pn. Hjh. Patmah Datuk Tamby Chik di Klebang Kecil.