Thursday, July 10, 2008

27, 28 & 29 JUN 2008

LAWATAN ROMBONGAN KE TASIK KENYIR & KUALA TERENGANU

Seramai 40 peserta (bayaran @RM100) telah menyertai rombongan melawat Tasik Kenyir dengan menaiki bas PAYASUM. Bertolak pada 27/6 , Jumaat, jam 7.00 malam dari Masjid Al-Adzim, Melaka, semalaman di dalam bas. Solat Suboh, Sabtu, di Kuala Berang, sebuah bandar di Terengganu yang sedang membangun. Setelah sarapan dan melawat pasar pagi di situ, terus bertolak ke pinggir Tasik Kenyir untuk menaiki bot yang telah dijanjikan ke Rumah Penginapan Kerajaan di sebuah pulau. Pengalaman di sini tidak dapat dilupakan oleh semua. Kesempaan juga diambil untuk bersuka-suka di air terjun dan ke Taman Herba. Kami menyewa 4 buah rumah, lebih kurang 10 orang dalam sebuah rumah. Peserta masak makanan sendiri dalam rumah masing-masing. Pagi hari Ahad setelah solat Subuh, diadakan riadah senaman TAI-CHI dibawah bimbingan Hjh. Nazli. Kemudian ada beberapa permainan sukaneka hinggalah masa untuk berangkat menaiki bot untuk menyeberang tasik. Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu. Tempat pertama berhenti ialah di Masjid Kristal. Bergambar sahaja disitu. Selepas itu tentu sekali 'shopping' di Pasar Payang'. Dalam perjalanan balik, singgah di gerai-gerai menjual keropok lekor dll. Sampai Melaka lebih kurang jam 1.00 pagi hari Isnin.

No comments: